Thursday, August 4, 2011

Bread Butter Cocktail Pudding...


I baked this BBCP masa acara makan-makan during lunch kat rumah MIL. Hidangan utamanya, nasi kerabu dan laksa kelantan....I just bawakan this BBCP dan Red Velvet Cuppies for dessert....Senang je nak buat this BBCP...resepi di bawah ye....:-))

Resepi Bread Butter Cocktail Pudding...
Bahan-bahannya:-))
16 keping roti putih (kalau guna roti yang ada perisa pun ok jugak)
3 sudu mentega ( untuk griskan pan dan disapukan pada roti )
½ cawan gula kaster
2 biji telur
1 ½ cawan susu UHT
½ cawan krim putar (whipping cream)-jika tiada gantikan dengan susu cair
½ sudu kecil esen vanilla
¼ sudu kecil serbuk kulit kayu manis
Fresh fruits seperti strawberry, apple, pisang....
¼ cawan kacang almond-cincang


Cara membuat puding:
  1. Sapukan mentega pada roti dan dadukan.
  2. Letakkan roti dalam acuan pembakar mengikut bentuk yang digemari.
  3. Campurkan telur, susu , krim, esen vanilla dan kulit kayu manis. Kacau sehingga sebati.
  4. Tuangkan pada roti yang telah disusun dalam acuan.
  5. Taburkan fresh fruits yang telah dipotong dan kacang atas roti dan bakar roti atas dulang yang berisi air (steam bake) atau bakar tanpa steam bake dengan suhu kepanasan 180 darjah celsius selama 35 minit atau sehingga roti keperangan.

Sos Vanilla
Bahan-bahan sos vanilla
125 ml susu UHT
125 ml krim putar (whipping cream)
¼ cawan gula kaster
2 biji kuning telur
1 sudu besar tepung jagung

Cara membuat sos vanilla:
  1. Campurkan semua bahan dan kacau sehingga betul-betul sebati.
  2. Masakkan atas api yang sederhana sehingga sedikit likat. Pastikan sentiasa dikacau semasa memasak supaya tidak berketul. Sekiranya berketul anda boleh mesinkan dengan air dan tapiskannya.


No comments:

Post a Comment