Friday, April 22, 2011

Coffee Chocolate Chips Cookies....



This cookies sangat sedap....bukan 3Es je yang suka, mummy 3Es pun suka jugak. Ngap sekali nak lagi...ngap lagi nak lagi....macam tak boleh nak berhenti je makan cookies ni. Cilok this recipe from Kak Rim...tq ye kak....I cpoy & paste.....:-))

Coffee Chocolate Chips Cookies

Ingredients

  • 250g butter
  • 75g castor sugar
  • 90g brown sugar
  • 3 eggs yolks
  • 1/2tsp vanilla essence
  • 1tsp coffee oil
  • 120g of chocolate chips
  • 100g of nuts
  • 350g flour
  • 15g cocoa powder
  • 1/2tsp baking powder
  • 1tsp salt

Method

  • Preheat oven to 160degC
  • Grease a pan with butter
  • Beat butter, castor sugar and brown sugar until smooth
  • Add egg one by one…beat till combined
  • Add vanilla, cocoa powder, salt and baking powder – mix mixture and stir well
  • Add choc chips and nuts. Mix well
  • Bake in hot oven for 15minit

Wednesday, April 20, 2011

Sicilian Orange Cuppies...

Actually resepi ni untuk cake...tapi saje-saje je I buatkan dalam bentuk cuppies....Lagi senang nak ngap....dan takmenyesal I buat this cuppies dan pasti akan buat lagi. Semua orang kat rumah ni suka!!!......Nak resepi...sila-sila

Resepi SICILIAN ORANGE CUPPIES......

Sicilian Orange Cake Recipe
(Adapted from Rick Stein's Mediterranean Escape)
Makes 1 x 22-cm cake, to serve about 8

Ingredients

250 g lightly salted butter, at room temperature, plus extra for greasing

250 g caster sugar

4 medium eggs

1 1/2 tsp finely grated orange zest

250 g self raising flour

85 ml freshly squeezed orange juice

For the icing:

125 g icing sugar

5 tsp freshly squeezed orange juice

Method

  1. Preheat the oven to 170C. Grease and line a 22-cm clip-sided round cake with non-stick baking paper.
  2. Using an electric whisk, cream the butter and sugar together for 4-5 minutes until very pale. Beat in the eggs, one at a time, beating very well between each one, if necessary adding a spoonful of flour with the last egg to prevent the mixture from curdling. Beat in the orange zest. Add the flour all at once and mix in well, then slowly mix in the orange juice.
  3. Spoon the mixture into the prepared tin and bake on the middle shelf of the oven for 45-50 minutes or until a skewer, inserted into the centre of the cake, comes out clean. If it starts to brown too quickly, cover loosely with a sheet of lightly buttered foil.
  4. Leave the cake, in its tin, to cool on a wire rack, then carefully remove the sides and base of the tin and peel off the paper. Put it onto a serving plate.
  5. For the icing, sift the icing sugar into a bowl and stir in the orange juice until you have a spreadable consistency. Spread it over the top of the cake, letting it drip down the sides, and leave to set. Serve cut into slices, and store any leftovers in an airtight container.
Adalah 6 ketul cuppies yang I letakkan choc chips...request from Eldest & Middle E. I makan seketul....sedap jugak tuuuuuu....

Layan bersama secawan Earl Grey Tea.....:-))

Sunday, April 17, 2011

Nasi Ayam my version.....

Kalau I sudah kekeringan idea nak masak apa untuk lunch....selalunya yang bermain dalam fikiran I ialah nasi ayamje la. Mudah & senang untuk disediakan...malah kenyang dan boleh dimakan berulang-ulang kali........
'
Resepi Nasi Ayam...
Bahan-bahannya:-)
  • Untuk rebus
  • -1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)
  • - 2 ulas bawang putih
  • - 2sm halia yg diketuk
  • 2 tangkai daun sup dan daun bawang
  • Untuk perap
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit kicap cair
  • Untuk nasi
  • 5cwn beras
  • 3 sudu besar butter
  • 1cm halia- ditumbuk
  • 4 ulas bawang putih -ditumbuk (I tumis jgk bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis cikit)
  • air rebusan ayam tadi secukupnya (I guna kuah sup ayam)
  • sedikit garam (I tambah kiub pati lembu-pati ayam tadak).
  • Bahan sos
  • 5biji cili merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 1 sudu teh cuka, garam, gula
  • 1/2 cawan air
  • Untuk sup
  • lebihan air rebusan ayam
  • 1 biji bawang besar kisar
  • rempah sup
  • garam
  • daun sup yg dihiris.

Cara-cara penyediaannya:-))

1. Ayam dipotong ikut suka besarnya.bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2sm halia yg diketuk..dan rebus hingga empuk

2. Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15-20min. Goreng hingga garing.

3. Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis halia dan bawang putih (dan jugak rempah2 tue kalau guna ) hingga garing. masukkan beras (I kacau hingga beras jd cam bersinar2), masukkan air rebusan ayam (I guna sup ayam) secukupnya dan garam. Masak seperti biasa.

4. Untuk sos-blendkan semua bahan diatas. boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)

5. Untuk sup- air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi.

Saturday, April 16, 2011

Blueberry Cheese Tart...


Gara-gara teringin punya pasal....masa I "mc" last wednesday...before amik my Eldest E balik sekolah...I sempatlah baked this Blueberry Cheese Tart. Dulu-dulu 'kan I sangatlah tidak sukanya CHEESE....tapi sekarang CHEESE menjadi favourite I pulak...hihihiihi....jom intai resepi.......

Resepi Blueberry Cheese Tart....
Bahan-bahannya:-))
Bahan untuk pastri atau kulit tart....
250g butter sejuk, dipotong kecil2 macam dadu
80g gula ising
2 biji telur. dipukul sikit
440g tepung halus
2 camca teh vanilla

Bahan Inti:-))
250g cream cheese ( I guna cap Tatura je...)
60g gula halus
20g butter
100ml whipping cream
1 biji telur
Blueberry filing secukupnya...


Cara-cara penyediaannya:-))
a) Kulit Tart
1. Tepung dan gula aising disatukan.
2. Masukkan butter, vanilla...Ramas dengan menggunakan hujung jari sehingga menjadi serbuk roti. Kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit dan diuli sehingga doh menjadi lembut dan tidak melekat.
3. Bulatkan doh dan balut dengan plastic cling dan sejukkan dalam peti sejuk selama 20minit.
4. Selepas keluarkan doh itu tadi, canaikan doh dan tepekkan doh tersebut pada acuan tart yang teleh disapu butter dan kemaskan tepinya.
5.Bakar pada suhu 175'C selama 15minit atau sehingga kuning keemasan....

b) Untuk Inti
1. Pukul semua bahan-bahan tersebut kecuali blueberry filing sehingga kembang.

c) Untuk Tart
1. Sudukan inti cream cheese ke dalam kulit tart...then masukkan sedikit blueberry filing atas cream cheese dan buatkan sedikit lorekan ala-ala marble....
2. Bakar selama 15 minit dengan suhu 150'C....( I bakar selama 25 minit...sebab suka hangit2 sikit....)

Sedap.....ngap masa panas-panas suam lagi sedap!!!!

Monday, April 11, 2011

Buttermilk Chocolate Cake for Mr E....

I buat this chocolate cake just for Mr E sempena his birthday last week.....This chocolate cake almost perfect la pada anak tekak I....tak caya...cubalah buat tau!!!! NI resepinya...

Resepi Buttermilk Chocolate Cake..
Bahan-banhannya :-))
2 cups flour
2 cups sugar
1 1/2 tsp baking soda
1 cup buttermilk
1 cup vege oil
1 tsp salt
1 cup boiling water
2 medium eggs
1 1/2 tsp vanilla

Cara-caranya:-)
1. Panaskan oven 300"F (slow bake for chococale cake recipe tau)...
2. Siapkan pan 9"x3"...
3. Whisk semua bahan2 tersebut dengan kelajuan yang sederhana dan tambahkan kelajuan sehingga batter menjadi lembut dan sebati...
4. Masukkan batter ke dalam pan.
5. Bakar selama 1 jam....after that check cake..kalau dicucuk..dan ada cake yang melekat kat lidi..blom masak, tapi kalau takde yang melekat..dah masak la tu...
6. Sejukkan cake dan sapukan choc ganache serta hiaskan dengan white or dark choc serta strawberry di atasnya....


Sunday, April 10, 2011

Mango Cream Cheese Layer Cake...my version pulak!

Practice makes perfect!....Percubaan kali ke 3 dan ini I rasa the layer getting better and better...Mr E pun puji sebab skill I dah bertambah baik untuk membuat layer cake ni....Resepi untuk Mango Cream Cheese Layer Cake ni pernah I post seketika dulu MCCLC cuma I bakarkan setiap layer selama 9 minit dengan kepanasan oven 165 'C.....Puas hati I sebab tak sia2 I mengadap oven hampir 3 jam untuk menyiapkan this layer cake....:-))

Nampak gitu the layer layer 'kan......satu kepuasan yang tak terhingga......

Lain kali nak buat resepi layer cake yang lain pulak!!!!Tunggu......

Friday, April 8, 2011

Kuih Bom....

I suka makan kuih ni....kalau nak beli I terpaksa tanya peniaga tu dulu samada kuih bom ni diperbuat daripada tepung pulut atau keledek...I tak suka makan kuih bom yang diperbuat daripada tepung pulut tau...so, nak sedap kenalah buat sendiri.....:-))
Ni resepinya kalau u all nak cuba...

Resepi Kuih Bom....
Bahan-bahannya:-))
1/2 kilo keledek
1 cawan tepung gandum
Bijan secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Bahan Inti:-))
1 cawan kelapa muda yang diparut
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan air

Cara-cara penyediaannya :-))
1. Keledek direbus bersama garam sehingga lembik.
2. Keledek dilenyek sehingga lumat dan gaulkan bersama tepung gandum.
3. Masakan bahan inti sehingga masak dan kering.
4. Leperkan adunan keledek dan letakkan bahan inti ke dalamnya.
5. Uli menjadi bebeola kecil yang comel dan golekkan di atas bijan.
6. Gorengkan dengan minyak panas sehingga masak atau kuning keemasan.
7. Angkat dan siap untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba!



Saturday, April 2, 2011

Cek Mek Molek....


I buat cek mek molek ni cuma 4 ketul je...itupun ada lebihan bancuhan keledek yang I buat kuih bom....cek mek molek ni favourite Mr E...(al maklumla 'kan....org Kelate...)...alih2 Middle E yang tolong perabihkan cek mek molek ni......nak resepi...mudah je....jom:-))

Resepi Cek Mek Molek
Bahan-bahannya:-))
1/2 kilo keledek
1/2 cawan tepung gandum
1/4 gula pasir
Sedkit garam
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara penyediaannya:-))
1. Keledek direbus sehingga empuk dengan letakkan sedikit garam.
2. Air dibuang dan lenyekkan keledek tersebut sehingga lumat gitu.
3. Keledek tadi digaulkan bersama tepung gandum.
4. Bentukkannya bujur dan masukkan gula pasir ke dalamnya.
5. Bentuk kuih itu dikemaskan agar gula pasir tidak terkeluar.
6. Goreng dgn menggunakan minyak yang telah dipanaskan sehingga masak.
7. Kuih diangkatkan utk toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan dan makan....
Selamat mencuba!