Monday, May 2, 2011

Fettucine Marinara Soup for dinner....

This desh requested by Mr E yang nakkan makan yang simple-simple je yang berasaskan sup. Masak this sup guna apa yang ada di dalam peti sejuk...kiranya ni version sup main campak-campak je......pastu kawankan sup ni dengan Fettucine...sedap gak..layan la.....

Resepi Fettucine Marinara Soup....
Bahan-bahannya :-)
sepeket cendawan tiram yang dipotong2...
1 batang lobak merah
100 g Bunga kobis
1 packet jagung muda
Lain-lain sayuran yang suka untuk ditambah seperti celery, broccoli dan lain-lain
3 biji kentang
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji cili merah
12 ekor udang basah
6 ekor sotong
Serbuk lada putih
Garam
Kicap
Minyak masak
Air
Daun sup & daun bawang untuk hiasan

Cara-cara memasak

1. Potong cendawan tiram dipotong 2 atau 4 terpulang pada saiz.

2. Panaskan 2 sudu makan minyak masak di dalam periuk

3. Hiris bawang merah dan bawang putih. Tumiskan bawang2 di dalam minyak panas sehingga kekuningan.

4. Masukkan udang basah yang telas dibuang kulit dan dibasuh bersih.

5. Masukkan air dalam setengah periuk. Masukkan garam, serbuk lada putih.

6. Kupas kulit ubi kentang, potong menjadi 4 atau 6 ( ikut saiz ) dan masukkan ke dalam periuk.Biarkan sebentar sehingga kentang sedikit empuk.

7. Masukkan cendawan, lobak merah, bunga kobis, jagung muda dan lain-lain sayuran yang ingin ditambah.

8. Potong cili merah dan masukkan ke dalam periuk sup.

9. Tambahkan 1-2 sudu kicap dan biarkan mendidih.

10. Bila ubi sudah empuk, dan kuah sudah mendidih, bolehlah diangkat.

11. Rebuskan fettucine sehingga lembut. Toskannya dan gaul bersama sedikit minyak zaitun.

12. Masukkan fettucine yang telah lembut tadi ke dalam pinggan, sendukkan sup sayur yang telah dimasak tadi dan taburkan hirisan daun sup/daun bawang ke atasnya. Siap untuk dimakan. Selamat Mencuba!


No comments:

Post a Comment