Wednesday, June 15, 2011

Paprik Seafood....


I buat this papriks last week. Ni antara lauk easy peasy bila mood MALAS ye...tak perlulah masak lauk lain bagai 'kan...ni pun kalau makan nasi putih panas pun sudah terangat u!!!...Kat rumah I ni, ada yang suka makan sotong tapi tak suka makan udang dan sebaliknya. So, lauk ni kira penyelamat la...2 dalam 1 gitu.....pandai-pandai korang la ye nak amik udang atau sotong...resepi?..kat bawah ni...

Resepi Paprik Seafood...
Bahan-bahannya:-)
  • 8-10 udang sederhana ( dibersihkan dan dibuang kulit)
  • 3-4 ekor sotong ( dipotong dan dibersihkan )
  • 1/2 inci halia ( ditumbuk )
  • 1 labu bawang besar ( dihiris )
  • 3 ulas bawang putih ( di tumbuk)
  • 5-8 biji cili padi ( di pecah atau di campak sebiji sebiji)
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu makan kicap manis
  • bunga kobis
  • karot ( dipotong bulat atau memanjang)
  • kacang panjang ( potong 1 inci)
  • daun ketumbar ( di hiris)
  • 2-3 helai daun limau purut ( di koyak)
  • 1 biji tomato ( di potong )
  • sedikit garam

Cara-cara penyediaannya:-)

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, cili kisar, cili padi hingga wangi.
2. kemudian masukkan semua sos. Kacau rata jika terlalu kering masukkan sedikit air.
3. Bila mendidih masukkan udang, sotong dan sayur-sayuran serta daun limau purut.
4. Last sekali masukkan daun ketumbar, kacau dan angkat.Siap, boleh dihidang dan makan.


3 comments:

  1. 3E,

    I cooked padprik sotong semalam. Tapikan, oleh kerana I was in a hurry, tak sempat la padprik I nak bergambar :)

    ps : my stomach is grumbling looking at ur dish :)

    ReplyDelete
  2. Sizuka,
    mudah dan senang je nak masak paprik 'kan...main campak2 je then siap. Pastu lak sedap!!!

    ReplyDelete
  3. klu xletak sos ikan bolh x?

    ReplyDelete