Sunday, July 17, 2011

Pandan Cheese Cake...


Gara- gara semalam tak bake...today I baked okay!....Selongkar apa yang ada dalam fridge...guna je apa yang ada....maka terhasillah this Pandan Cheese Cake....rasanya sedap...omputih kata just nice gitu!...

Resepi Pandan Cheese Cake....

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 ml susu segar
4 keping slice cheese
70 g mentega
70 g gula halus
70 g tepung gandum, diayak
4 biji telur
1 tspn pandan flavour
Sedikit pewarna hijau
1 tspn vanilla


CARA-CARA PENYEDIAANNYA :-)

Potongkan slice cheese dan masukkan ke dalam susu segar, panaskan susu dan kacau hingga keju larut, masukkan mentega, pandan flavour dan sedikit pewarna hijau, kacau rata dan sejukkan (guna kaedah double-boiler ya)
Putih dan kuning telur diasingkan, pukul kuning telur hingga pucat dan masukkan no. 1, kacau rata. Masukkan tepung dan gaul hingga sebati. Ketepikan.
Putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan putar hingga menjadi meringue. Kaup balik meringue ke dalam no.2 dan masukkan esen vanilla, gaul hingga rata.
Tuang dalam tin yang telah disapu mentega, letak tin dalam bekas lain dan tuang sedikit air hangat (kalau guna tin spring foam, sila balut bawah tin dengan aluminium foil, utk mengelakkan air masuk).
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 20 minit, kemudian turunkan suhu kepada 140C dan bakar lagi selama 40 minit. Bila masak, keluarkan kek dari tin dan sejukkan sebelum dipotong dan dimakan!

Middle E merupakan co-chef I tau....sentiasa menyibukkan dirinya bila I baked!.....Rasanya tak lama lagi Middle E boleh bake cake for me one fine day...just tunggu je la....:-))

No comments:

Post a Comment