Thursday, August 18, 2011

Nasi kerabu not so blue and the gengs....

Macam tak percaya je yang I boleh masak this Nasi Kerabu.....Adoiyaiii, rasa nak menangis arrr menyiapkan Nasi Kerabu ni,,,,sangat renyah & banyak kerja la pulak. But, sebab nak challenge diri sendiri punya pasal 'kan so, I gagahkan juga masak Nasi Kerabu ni.....yang mana merangkap favourite my Mr E...al'maklumlah 'kan...Mr E ni orang Kelate, sure boleh kasi komen 'kan rasa Nasi Kerabu yang wife dia masak ni 'kan....:-))....Resepi I ada surf kat internet (tq Kak Shidah) dan online terus dengan my MIL dengan phone ya....so, I gabungkan kedua-duanya I masak ikut stail I la....

Siap jemput my in-laws & 2 adik ipar lelaki I jemput berbuka sekali dengan we all kat Templer. Nak minta depa komen my Nasi Kerabu la....Alhamdullillah..semua suka...dan agak menepati citarasa jugak la...yes! I'm so happy...:-))

Resepi Nasi Kerabu my stail ya....
Nasi putih - masak seperti biasa ya...
Ulam-ulaman - kacang panjang, daun serai kayu / daun kemangi, daun kesum, bunga kantan, kobis, taugeh & timun (diracik-racik halus serta comel dan digaulkan dalam mangkuk kasi serasi ya)
Ni la dia rupa paras ulam-ulaman itu ya....:-))

Sambal Tumis kontroversi ya....(sebabnya I masak 2 kali this sambal tumis kerana yang pertamanya hangus!!!!!...sib baiklah masak kali kedua menjadi...:-))
Bahan blend
15 ulas bawang merah
2 inci halia
2 batang serai
10 tbsp cili boh
garam & gula secukup rasa
skit udang kering
skit belacan
2 keping assam keping
1/2 kilo santan & nisang (I guna gula melaka je) - (ni je tak perlu diblend ya)
Ok....masukkan semua bahan-bahan yang telah diblend plus santan ke dalam periuk/kuali....jerang atas api yang perlahan. Masak sehingga naik minyak ya...Adjust la ikut kepekatan masing2 ya!

Sambal Tumis ya.......pergh!!! 2 jam jugak nak siapkan ni sebab yang pertama tu hangus!

Sambal Kelapa
bahan-bahan:-)
Kelapa parut 1/2 biji - disangai ya
Serai 2 batang....
Bawang merah 5 ulas
Lada hitam 1tsp
Halia 1 1/2 inci
6 ekor Ikan kembung -rebus, amik isi & tumbuk guna lesung batu ya
Garam & gula sesedap rasa...
Semua bahan2 tadi ditumbuk kasi hancuss...then gaulkan dengan kelapa yg telah disangai tadi. Then sangaikan sekali di atas kuali...but jgn kering sangat ya.....

Sambal Ikan......

Bahan-bahan lain yang wajib ada.....

Budu....masukkan cili api dan perahkan limau nipis ke dalam budu itu....

Telur Asin....rebus dulu tau!

Ikan kembung goreng tepung...

Daging bakar....

Ayam goreng tak jadi ayam percik!..sebab tak sempat la nak buat...:-((

keropok goreng....

Complete!!!...

Monday, August 15, 2011

Sunkist Chiffon Cake.....

This chiffon cake favourite Mr E....so, since dah lama tak buat for him...I bake la for him. Iye la'kan asyik buat chiffon cake flavour yang si dia tak berapa suka makan such as Pandan Chiffon Cake...siap merajuk kejap tu!...Ok la sayang, I bake this Orange Chiffon Cake just for u!!!...

Recipe ikut kat sini...cuma kali ni kali ni takde buah orange...so, I just amik 3 sudu besar pati orange Sunkist dan campurkan dengan setengah cawan air....hasilnya sedap jugak tau!


Sunday, August 14, 2011

Buttermilk Pandan Chiffon Cake!



Kena creative bila tang baking ni tau!!!I buat this pandan chiffon cake atas permintaan my adik, Angah sebab dia nak bawa as buah tangan ke rumah kakak ipar dia untuk berbuka puasa beramai-ramai. Since last minute punya order, I guna je bahan-bahan yang ada dalam peti sejuk dan mini shop bakery I tu......

Dan kali ni, I bereksperimen menggunakan buttermilk pulak! Mmmmm, hasilnya tidak mengecewakan....sedap jugak tu....Resepi ikut kat sini yea....

Suka sangat I dengan Pandan Chiffon Cake ni....!Eh!!! apa yang I tak suka makan 'kan...kih kih kih...:-))

Saturday, August 13, 2011

Banana Cake yang sedap!!!!

Sungguh sedap sekali banana cake ni. Lagi sedap kalau makan keesokkan harinya...lagi moist gitu! I baked this banana cake before sahur pada hari Jumaat. Then bawa ke rumah my mama sebab nak berbuka puasa beramai-ramai.......so, u guys....cubalah la yea kalau ada pisang yang terlebih2 kat rumah u all tu.....:-))

Resepi Banana Cake Yummy!!!!

BAHAN-BAHANNYA :-)

250 g tepung gandum*
1 camca teh soda bicarbonate
*
1/2 camca teh garam halus
*(*digaul rata dan diayak)
150 g gula halus
5 biji telur gred A
225 g mentega, dicairkan dan biar sejuk
300 g pisang emas + 1 camca teh vanilla, dilenyek halus


Cara penyediaannya:-)

  1. Panaskan oven pada suhu 170C. Lenser bund-pan dengan mentega, tabur tepung rata dan ketuk keluar lebihan tepung. Ketepikan.
  2. Putar gula dengan telur (kesemuanya) dan putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan naik dan pekat (seperti adunan baulu). Perlahankan speed dan masukkan pisang lecek, gaul rata
  3. Masukkan tepung berselang seli dengan mentega cair tadi. Buat hingga siap dan gaul rata. Tuang dalam tin yang telah disediakan. Bakar 5o minit atau hingga masak, mengikut oven masing2.
  4. Uji kek dengan cake tester di bahagian tengah kek, jika keluar bersih, tanda kek dah masak. Biar kan kek sejuk sedikit, longgar2kan dari tin dan terbalikkan. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan sebelum dihidang..

Friday, August 12, 2011

Onde-onde aka buah melaka...

Buah melaka aka onde-onde ni antara kuih wajib yang ada bila tibanya bulan Ramadhan....senang nak buat dan senang gak untuk dingap!!!....Favourite seisi rumah....kali ni my Eldest E yang tolong gentelkan jadi bulat-bulat.....suka hati betul si dia sebab dapat main masak-masak gitu!!!!

Ok la yea....I buat this onde-onde takde sukatan yang tepat, just ikut agak-agak je.......

Resepi Onde-onde aka Buah Melaka...

Bahan-bahan:
Tepung pulut
Air daun pandan (Jus pandan) ~ blendkan daun pandan dengan air
Gula melaka/kabung ~ dipotong kecil-kecil utk intinya
Kelapa parut secukupnya ~ digaul dgn sedikit garam halus
Air secukupnya utk merebus

Cara penyediaan:
1. Bancuh tepung pulut dengan air pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel.
2. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
3. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Buatkan bulat.
4. Panaskan air hingga mendidih.
5. Masukkan bebola pulut tadi.
6. Bila kuih timbul bolehlah diangkat dan toskan dalam tapisan.
7. Gaul dengan kelapa parut.

Thursday, August 11, 2011

Ayam Masak Wangi.....

Sesuka hati je kasi nama 'kan....wangi ke masakan ayam ni? I kasi nama Ayam Masak Wangi sebab bila tumis the rencah, baunya sungguh harum mewangi sekali. Dan paling best sekali my Eldest & Middle E suka sangat makan!....dapat ilham nak masak ayam ni tenguk kat blog si Mun ni.....sorry Mun, akak adjust ikut selera anak tekak akak ye.....btw, tq for recipe......

Ni resepi ikut selera dan sukatan I ya....
Resepi Ayam Masak Wangi...

Bahan-bahannya:

1/2 ekor ayam, dibersihkan dan dipotong2
2 batang serai, dititik
4 helai daun limau purut
2 biji tomato, dibelah 4

Bahan-bahan untuk diblend:
2 biji bwg besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan-bahan utk Sos:
3 sudu besar Sos Cili
1 sudu besar Sos Tomato
1 sudu besar Pes Tomyam

2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar kicap manis
1 biji perahan air limau nipis
Daun sup dihiris

Cara2:
1. Goreng ayam sehingga 3/4 masak, toskan dan asingkan.
2. Tumiskan bahan blend sampai wangi
3. Masukkan bahan sos dan kacau rata
4. Masuk ayam, serai dan daun limau purut
5. Masak dengan api perlahan, kemudian masukkan capsicum
6. Masakkan sebentar ayam, bila sudah masak, hidang dan hiaskan dgn daun sup…!

Thursday, August 4, 2011

Bread Butter Cocktail Pudding...


I baked this BBCP masa acara makan-makan during lunch kat rumah MIL. Hidangan utamanya, nasi kerabu dan laksa kelantan....I just bawakan this BBCP dan Red Velvet Cuppies for dessert....Senang je nak buat this BBCP...resepi di bawah ye....:-))

Resepi Bread Butter Cocktail Pudding...
Bahan-bahannya:-))
16 keping roti putih (kalau guna roti yang ada perisa pun ok jugak)
3 sudu mentega ( untuk griskan pan dan disapukan pada roti )
½ cawan gula kaster
2 biji telur
1 ½ cawan susu UHT
½ cawan krim putar (whipping cream)-jika tiada gantikan dengan susu cair
½ sudu kecil esen vanilla
¼ sudu kecil serbuk kulit kayu manis
Fresh fruits seperti strawberry, apple, pisang....
¼ cawan kacang almond-cincang


Cara membuat puding:
  1. Sapukan mentega pada roti dan dadukan.
  2. Letakkan roti dalam acuan pembakar mengikut bentuk yang digemari.
  3. Campurkan telur, susu , krim, esen vanilla dan kulit kayu manis. Kacau sehingga sebati.
  4. Tuangkan pada roti yang telah disusun dalam acuan.
  5. Taburkan fresh fruits yang telah dipotong dan kacang atas roti dan bakar roti atas dulang yang berisi air (steam bake) atau bakar tanpa steam bake dengan suhu kepanasan 180 darjah celsius selama 35 minit atau sehingga roti keperangan.

Sos Vanilla
Bahan-bahan sos vanilla
125 ml susu UHT
125 ml krim putar (whipping cream)
¼ cawan gula kaster
2 biji kuning telur
1 sudu besar tepung jagung

Cara membuat sos vanilla:
  1. Campurkan semua bahan dan kacau sehingga betul-betul sebati.
  2. Masakkan atas api yang sederhana sehingga sedikit likat. Pastikan sentiasa dikacau semasa memasak supaya tidak berketul. Sekiranya berketul anda boleh mesinkan dengan air dan tapiskannya.