Tuesday, September 27, 2011

Sicilian Orange Cake...

Beli this bundt pan kat Jucso sebab murah. So, cubalah bakar cake guna bundt pan ni....Cake I tak berapa comel sangat la....tapi kira ok la....Dulu I pernah buat this cake...tapi dalam bentuk cuppies, this time I buat dalam bundt pan pulak...:-)) Resepi kat sini ya!

macam kena sopak je cake I ni je 'kan.....

tangan My Youngest E nak interprem jugak tuuuuuu....

Monday, September 12, 2011

Pudding Laici....

We all sangat suka makan this pudding laici.....lagipun nak buat this pudding ni pun sempoi je....

Resepi Pudding Laici...
Bahan-bahannya:-)
10 gm agar2 serbuk atau 1 paket agar2 biasa [20 gram]
4 cawan air
1 cawan gula
1 tin susu cair
1 tin laici dalam tin... potong laici tu kecil-kecil
1 tin laici (untuk hiasan)


Cara:
1. Masakkan agar2 serbuk atau agar biasa bersama air sehingga mendidih.
2. Masukkan gula. Biarkan mendidih lagi. (jika gunakan agar biasa kena tapis)
3. Tutup api. Masukkan air laici dan susu cair.
4. Tuangkan dalam acuan (terpulanglah nak acuan besar atau mangkuk kecil). Bila dah sejuk masukkan dalam peti sejuk.
5. Hidangkan bersama buah laici yang telah diasingkan. Sedap!!!!

Friday, September 9, 2011

Homemade Strawberry Jam....

Since ada beli buah strawberry kat Cameron Highlands masa raya ketiga itu hari.....maka I merajinkan diri membuat jam strawberry sendiri okay!!!!.... Tak susah mana pun...simple & easy gitu...

Mula-mula, cuci dan potongkan kepada 4 bahagian buah strawberry itu. Anggaran buah strawberry lebih kurang 2 paket....Masukkan ke dalam periuk ya...

Setelah itu, gaulkan buah strawberry dengan 3/4 cawan gula castor...kalau takde gula castor...gula pasir pun ok jugak...Tenggekkan atas api yg perlahan...masak sehingga pekat....
macam gambar kat bawah ni....

lebih kurang macam ni la rupa jam strawberry tu. I masakkannya lebih kurang 20 ke 30minit....selepas itu, perahkan 3 sudu besar lemon juice ke dalam jam strawberry tu dan kacau seketika...biarkan sejuk sebelum disimpan di daalm peti sejuk!

Boleh dimakan dengan roti, scones atau diratah begitu saje....Selamat Mencuba!

Wednesday, September 7, 2011

Nasi Lemak Overdose!

Masak this Nasi Lemak last Sunday. Siap boleh makan sampai ke malam tuuuu...ajak my neighbour sekali brunch sambil beraya kat rumah I....Actually, kalau buat sendiri Nasi Lemak ni lagi puas hati 'kan sebab boleh makan banyak dan taruk semua bahan-bahan sampingan sebanyak mana yang kita suka 'kan.....

Resepi Nasi Lemak

Bahan untuk nasi;

3 cawan beras
1 cawan santan
3 cawan air (atau agak je sukatan air macam masak nasi!)
3 hiris halia
1 helai daun pandan
sedikit garam

Cara-caranya
* Campurkan semua bahan di dalam rice cooker dan masak nasi seperti biasa.

Bahan Untuk Sambal;

10 sudu besar cili boh
6 ulas bawang merah – diblend
4 ulas bawang putih – diblend
2 labu bawang besar – ditumbuk dan 1 labu bawang besar hiris
segenggam ikan bilis ( sebahagian diblend, sebahagian lagi di goreng )
sedikit air asam jawa
sedikit garam, gula dan perasa

Cara membuat sambal;

  1. Tumis cili boh, bawang merah, bawang besar, bawang putih dan ikan bilis hingga pecah minyak.
  2. Masukkan air asam, bawang besar hiris dan sedikit air agar sambal tidak terlalu pekat.
  3. Bila sudah mendidih sesuaikan rasa dam masukkan ikan bilis yang telah di goreng.

Bahan sampingan lain;

timun – dihiris dan telur rebus - ikut berapa banyak yang u all suka ya

kacang tanah digoreng & ikan bilis goreng

Monday, September 5, 2011

Mee goreng mamak mari versi campak-campak!


Pertama kali I masak mee kuning. Sebab utama I tak masak & makan mee kuning ini kerana ada peristiwa hitam yang berlaku masa I makan this mee masa I umur 7 ke 8 tahun yang dulu.....so, tu yang I tak masak mee kuning ni...tapi since this mee Mr E & 3Es suka makan...I masakkan jugak untuk diaorang....

Resepi Mee Goreng Mamak!
Bahan-bahannya:-)
500 gm mee kuning

100 gm daging -hiris nipis ( boleh ganti dengan udang, sotong atau isi ayam – ikut suka )

100 gm fish cake/ tauhu – ( goreng dulu baru potong2)

4 keping kuih cucur udang ( tak letak sbb tak ada )

1 cawan taugeh

1 mangkuk sawi [potong kecil]

3 sudu cili mesin.~~ nak pedas bubuhlah lebih

1 sudu rempah kari

3 sudu kicap pekat

3 sudu sos tomato/cili

2 sudu minyak masak

1 labu bawang besar [cincang halus]

2 biji telur

3 biji cili hijau [hiris nipis]


Cara penyediaan

1. Panaskan minyak. Masukkan bawang dan cili & rempah dan biarkan garing dan wangi.
2. Masukkan daging dan kacau rata.
3. Masukkan fish cake/tauhu. Biar sebentar.
4. Masukkan kicap, sos cili dan mee. Kacau rata.
5. Masukkan taugeh dan sawi.
6. Ketepikan mee dan masukkan telur di tengah-tengah kuali.
7. Biarkan telur tu masak sikit barulah dikacau dan gaul rata.
8. Masakkan mee agak kering.
9. Hidangkan dalam pinggan leper dan hiaskan dengan hirisan limau kasturi atau limau nipis.

Sunday, September 4, 2011

Ketam Masak Serai....

I masak this lauk before puasa....so, kiranya ni sudah agak basi jugak la 'kan...Tapi tak kira, nak update jugak untuk rujukan sendiri & 3Es......Actually, main belasah je masak ketam ni....guna apa yang ada kat dalam peti sejuk I tu.....korek punya korek, banyak pulak serai....tu yang bahan utamanya serai.....belasah je labu....asalkan sedap!

Resepi Ketam Masak Serai....

Bahan-bahan

  • 6 ekor ketam (disiang dan belah 2)
  • 3 cawan air
  • 4 batang serai diketuk
  • 4 biji bawang putih
  • Lengkuas 2 inci
  • 1 inci halia dihiris nipis2
  • Setengah biji bawang besar dihiris bulat2
  • Garam secukupnya
  • 5-7 biji cili padi diketuk (nak pedas boleh letak lebih ya!)

Cara memasak:

  1. Masukkan ketam dan serai ke dalam periuk beserta air. Panaskan periuk di atas dapur dengan api perlahan.
  2. Bawang putih dan lengkuas ditumbuk serta halia dan dimasukkan ke dalam periuk.
  3. Biarkan seketika.
  4. Masukkan garam secukup rasa dan masukkan bawang besar .
  5. Biarkan sehingga mula menggelegak/hampir masak, barulah dimasukkan cili padi.
  6. Apabila semuanya sudah sebati dan nampak sudah masak, boleh lah tutupkan api dan sedia untuk dihidangkan.
  7. Sedia untuk dihidangkan.