Monday, September 5, 2011

Mee goreng mamak mari versi campak-campak!


Pertama kali I masak mee kuning. Sebab utama I tak masak & makan mee kuning ini kerana ada peristiwa hitam yang berlaku masa I makan this mee masa I umur 7 ke 8 tahun yang dulu.....so, tu yang I tak masak mee kuning ni...tapi since this mee Mr E & 3Es suka makan...I masakkan jugak untuk diaorang....

Resepi Mee Goreng Mamak!
Bahan-bahannya:-)
500 gm mee kuning

100 gm daging -hiris nipis ( boleh ganti dengan udang, sotong atau isi ayam – ikut suka )

100 gm fish cake/ tauhu – ( goreng dulu baru potong2)

4 keping kuih cucur udang ( tak letak sbb tak ada )

1 cawan taugeh

1 mangkuk sawi [potong kecil]

3 sudu cili mesin.~~ nak pedas bubuhlah lebih

1 sudu rempah kari

3 sudu kicap pekat

3 sudu sos tomato/cili

2 sudu minyak masak

1 labu bawang besar [cincang halus]

2 biji telur

3 biji cili hijau [hiris nipis]


Cara penyediaan

1. Panaskan minyak. Masukkan bawang dan cili & rempah dan biarkan garing dan wangi.
2. Masukkan daging dan kacau rata.
3. Masukkan fish cake/tauhu. Biar sebentar.
4. Masukkan kicap, sos cili dan mee. Kacau rata.
5. Masukkan taugeh dan sawi.
6. Ketepikan mee dan masukkan telur di tengah-tengah kuali.
7. Biarkan telur tu masak sikit barulah dikacau dan gaul rata.
8. Masakkan mee agak kering.
9. Hidangkan dalam pinggan leper dan hiaskan dengan hirisan limau kasturi atau limau nipis.

No comments:

Post a Comment