Wednesday, September 7, 2011

Nasi Lemak Overdose!

Masak this Nasi Lemak last Sunday. Siap boleh makan sampai ke malam tuuuu...ajak my neighbour sekali brunch sambil beraya kat rumah I....Actually, kalau buat sendiri Nasi Lemak ni lagi puas hati 'kan sebab boleh makan banyak dan taruk semua bahan-bahan sampingan sebanyak mana yang kita suka 'kan.....

Resepi Nasi Lemak

Bahan untuk nasi;

3 cawan beras
1 cawan santan
3 cawan air (atau agak je sukatan air macam masak nasi!)
3 hiris halia
1 helai daun pandan
sedikit garam

Cara-caranya
* Campurkan semua bahan di dalam rice cooker dan masak nasi seperti biasa.

Bahan Untuk Sambal;

10 sudu besar cili boh
6 ulas bawang merah – diblend
4 ulas bawang putih – diblend
2 labu bawang besar – ditumbuk dan 1 labu bawang besar hiris
segenggam ikan bilis ( sebahagian diblend, sebahagian lagi di goreng )
sedikit air asam jawa
sedikit garam, gula dan perasa

Cara membuat sambal;

  1. Tumis cili boh, bawang merah, bawang besar, bawang putih dan ikan bilis hingga pecah minyak.
  2. Masukkan air asam, bawang besar hiris dan sedikit air agar sambal tidak terlalu pekat.
  3. Bila sudah mendidih sesuaikan rasa dam masukkan ikan bilis yang telah di goreng.

Bahan sampingan lain;

timun – dihiris dan telur rebus - ikut berapa banyak yang u all suka ya

kacang tanah digoreng & ikan bilis goreng

2 comments:

  1. sedapnya! tiba2 teringin pulak nak makan!

    ReplyDelete
  2. Kak Amie....
    amik la sepinggan....:-))

    ReplyDelete