Sunday, February 13, 2011

Sup Tulang Sedap...

Sup Tulang ni memang favourite seisi rumah. Especially Mr E la....senang je nak buat Sup Tulang ni...budak2 pun tahu nak buat. Main campak2 je bahan-bahannya.....tak caya? jom layan resepi dia....

Resepi Sup Tulang Sedap
Bahan-bahannya :-)
1 kilo tulang
1/2 kilo daging yang dihiris sederhana besar
5 biji kentang, dipotong 2
1 paket rencah sup tulang cap Adabi
Halia ikut banyak mana u all suka...
3 biji bawang besar, diracik2 halus
3 ulas bawang putih, diracik2 halus
2 sudu rempah sup
air secukupnya
garam & gula

Cara-cara penyediaannya:-)
Tumiskan sekejap bawang putih, bawang merah, halia sehingga naik bau. Kemudian masukkan air dan tulang. Masukkan juga rencah sup tulang, rempah sup Rebuskan tulang tersebut selama 30minit. Lepas tu masukkan daging dan masak lagi selama 30 minit. Kalau air rebusan tadi semakin kurang, tambahkan lagi air ke dalam periuk itu. Masukkan kentang dan sila rasa kemasinan sup tersebut. Pastikan tulang, daging dan kentang empuk dan masak sehingga sup mendidih. Siap untuk dihidangkan. Hiaskan sup tulang tersebut dengan daun sup, bawang goreng dan bolehlah dinikmati bersama nasi.....Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment