Monday, February 28, 2011

Tomyam Udang Galah Pedas gitu!

Udang Galah ni I beli masa I ke Pasar Borong last week. Nampak fresh gitu terus rembat setengah kilo...sekarang ni harga udang galah agak mahal....sekilo RM20...I beli setengah kilo je....terus terbayangkan tomyam....mmmm, alangkah sedapnya kalau dapat makan tomyam 'kan....alih2 terus I masakkan cik Udang Galah ni......resepi ni I main campak2 je ye....Selamat Mencuba!

Resepi Udang Galah Tomyam Pedas
Bahan-bahannya :-)
1/2 kilo Udang Galah, dibersihkan dan toskan
1 paket cendawan tiram
2 biji tomato, dipotong 4
1 batang carrot, dipotong2 panjang
1/4 cawan jus limau kasturi
5 helai daun limau purut
3 biji bawang besar, dipotong 4
3 ulas bawang putih, diketuk2
2 batang serai, diketuk2
2 ini halia, diracik2
8 biji cili api kampung (kalau nak pedas lagi..tambah la sendiri ya)
2 sudu besar pes tomyam
minyak dan air secukupnya
garam tidak dilupanya...:-)

Cara-cara penyediaannya:-)
Tumiskan bawang putih, merah, halia dan serai sehingga naik bau. Kemudian, masukkan air dan jus limau kasturi serta pes tomyam ke dalam periuk diikuti dengan carrot. Masak sekejap, then daun limau purut dan cili api dimasukkan sambil diikuti dengan udang galah serta tomato dan cendawan. Masak sekejap je sambil masukkan garam...kalau tak tak ler kurang kick la pulak..tawar...bila rasa tomyam sudah ok..masak sekejap je tau...sebab udang galah tak perlu masak lama2....Siap...bolehlah dihidangkan dan makan dengan nasi beras wangi!...Sedap....:-))


No comments:

Post a Comment

Post a Comment