Tuesday, March 1, 2011

Daging Goreng...

I belajar masak menu ni pun from my MIL. Mr E sangat suka dengan lauk ni. 3Es pun sama. Ala...senang je masak...tak caya? Jom intai..:-))

Resepi Daging Goreng
Bahan-bahannya:-)
1/2 kilo daging tempatan (sorry ya I tak makan daging kotak), dihiris nipis2 tau
2 biji bawang besar, diracik2
2 biji bawang putih, diracik2
10 batang cili kering, dicuci
2 sudu besar kicap pekat
serbuk kunyit utk digaulkan bersama daging
garam secukup rasa
minya untuk menumis

Cara-cara penyediaannya:-)
Minyak dipanaskan. Masukkan daging yang telah digaulkan bersama kunyit dan garam ke dalam kuali. Masakkan sekejap. Kemudian masukkan bawang besar, bawang putih, cili kering ke dalam kuali itu...masak dan kacau bersama2 dengan daging itu. Kemudian masukkan pula kicap dan masakkan daging tu sehingga kering dan masak. Siap dan boleh dihidangkan....Mudah bukan! Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment

Post a Comment