1st time masak lamb ni...rembat kat Tesco Selayang....Lamb ni mmg favourite Mr E..I..biasa2 je.....tak sangka pula 3Es pun sangat suka dengan lamb....nampak gayanya lain kali kena buat banyak skit ni...1st time masak lamb ni agak terkering skit dagingnya sbb termasak agak lama...lain nak masak ala-ala rare la...kasi juicy gituuuuuu:-))
Ni cara I masak lamb ala2 campak je dan guna apa yang ada kat rumah...
RESEPI GRILLED LAMB with Black Pepper Sauce
bahan bahan untuk marinate
5 keping lamb shoulder
1/2 cup olive oil
1/2 cup lemon juice
3 biji bawang putih di tumbuk halus
1 tbsp freshly ground black pepper
bahan-bahan sampingan
sebiji kentang di potong 4
sebiji bawang merah di potong 2
sebiji carrot di potong memanjang gitu
sebiji tomato di potong 4
jagung
cara cara penyediaannya:-)
* semua ni di marinate selama at least 5 jam
panaskan oven pada suhu 180 C dan masukkan bahan yang di marinate tadi dan bakar selama 30 minit
selepas 30 minit keluarkan dari oven dan balikkan lamb tadi dan tuangkan segala air/minyak/juice lebihan daging ni ke dalam periuk yang lain *
then masukkan kentang, bawang merah, carrot dan tomato ke dalam bekas yang berisi lamb tadi dan bakar lagi selama 30minit
selepas 30 minit kedua ni lamb tadi sudah masakdan dah sedia untuk di makan
* untuk gravy pula
masukkan satu sudu besar tepung gandum ke dalam air/minyak/juice lebihan lamb yang telah di tuang dalam periuk yang lain tadi tu. tambahkan sedikit kicap ( dlm 1 tbsp), sedikit garam kalau guna kicap manis dan ground black pepper sebanyak mana yang anda suka.
masak di atas dapur dengan api perlahan sehingga agak pekat ikut citarasa masing2 ya
dah masak sila tutup api dan curahkan gravy di atas lamb chop tadi dan ready utk dimakan ya!
No comments:
Post a Comment