Sunday, March 20, 2011

Ikan Tenggiri Masak Kari...

I masak kari hari ni....Kesukaan my Middle E ni....setiap kali makan kat mamak area rumah we all, pasti Middle E akan minta ikan tenggiri masak kari ni untuk dimakan dengan roti telur....puas Middle E makan siap ratah lagi tau....ni stail I masak kari...layan...:-))

Resepi Ikan Tenggiri Masak Kari...
Bahan-bahannya:-))
5 keping ikan tenggiri
1 paket kecil serbuk kari ikan cap Baba's (dibancuh dengan sedikit air ya)
7 batang bendi
1 cawan air assam javas...eh! jawa la...hihihi
1 cawan santan pekat
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
5 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 inci halia *
1 sudu besar halba *
2 tangkai daun kari (I tak masukkan pun...)
*sila tumbuk dan dijadikan bahan menumis ya

Cara-cara penyediaannya:-))
Tumiskan bahan2 ditandakan * sehingga naik bau. Then masukkan rempah yang dibancuh sehingga pecah minyak. Lepas tu masukkan air assam jawa. Kacau sebentar. Masukkan ikan dan bendi bersama2 dengan santan pekat. Tambahkan sedikit air juga. Kacau untuk elakkan kuah menjadi bertaik minyak ya. Lastly, masukkan garam dan biarkan ianya masak. Siap dan boleh dihidangkan bersama nasi putih, roti atau apa2 sahaja ikut suka u all. Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment