Sunday, January 9, 2011

Ketam Sweet Sour main taram jer...

Another easy peasy recipe from me. We all sangat suka jugak makan Cik Ketam ni...krap krup krap krup bunyi bila makan Cik Ketam ni.....rasa adventures lak bila layan Cik Ketam ni....:-)) Ok le....meh layan resepi dia yee.....

Resepi Ketam Sweet Sour...
Bahan-bahannya:-
1 kilo ketam (kalau boleh campurkan ketam jantan dan betina ya...lagi sedap!!!)
1 sudu besar cili boh
4 sudu besar tomato sos
2 sudu besar sos tiram
Gula dan garam secukup rasa
4 biji cili merah (dikisar)
4 Biji bawang besar (dikisar)
1 labu bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
2 batang serai (dikisar)
Air secukupnya...
Daun Sup untuk hiasan...

Cara menyediakan:
1) Masukkan semua bahan yang dikisar ke dalam kuali bersama2 air (air ni agak-agak ye). Biarkan sehingga mendidih.
2) Masukkan tomato sos, sos tiram, cili boh, gula dan garam secukup rasa. Kecilkan api dan biarkan sehingga agak pekat.
3) Masukkan ketam, kacau sekejap dan tutup kuali sebentar. Kemudian, kacau lagi sekejap dan biarkan seketika sehingga ketam masak. Masak ketam ni tak perlu lama tau....agak-agak la yea... Siap masak, taburkan daun sup yang diracik halus2 ke atas ketam tadi. Siap untuk dihidangkan....Selamat Mencuba!!!


Mackerel Goreng...

Ek ele....ni pun nak post jugak ke...biasa la 'kan...kat blog ni ala-ala diary masakan I...I nak simpan semua resepi yang I pernah masak dan cuba buat rujukan I dan anak2 I tak kiralah gegurl atau boboy.....so,

here's the easy peasy recipe!

Resepi Mackerel Goreng....
Bahan-bahannya:-)
Ikan Mackerel - I selalu beli kat Tesco Extra Selayang...
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara penyediaannya:-)
Ikan mackerel dicuci bersih tau...Kemudian, gaulkan ikan mackerel tersebut dengan serbuk kunyit, garam sehingga sebati. Tunggu sehingga minyak panas, masukkan ikan mackerel tersebut ke dalam kuali. Ikan Mackerel ini hanya digoreng kejap sahaja dengan minyak panas untuk menghasilkan Ikan Mackerel goreng yang hangus sikit diluar tetapi juicy di dalamnya....makan dengan nasi panas semata je pun sudah sedap! Selamat Mencuba...:-))


Sambal Tempe...

Other easy peasy recipe from me.....

Recipe of Sambal Tempe
Bahan-bahannya:-)
1 paket tempe - dipotong segiempat kecil
1 genggam ikan bilis
1 biji kentang - dipotong nipis2
4 sudu besar cili boh
1 biji bawang besar - diracik halus
2 ulas bawang putih - diracik halus
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara penyediaannya:-)
Tempe, kentang & ikan bilis digoreng terlebih dahulu sehingga agak garing. Ketepikan bila sudah dimasak. Kemudian, tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik minyak dan bau. Masukkan cili boh, sos tiram dan sos tomato.....kacau sehingga rata. Masukkan garam & gula secukup rasa dan akhir sekali masukkan tempe, kentang & ikan bilis yang sudah digoreng tadi. Kacau dan gaul rata semuanya sehingga sebati. Siap dihidangkan.....Selamat Mencuba..:-))


Saturday, January 8, 2011

Banana Muffin

Family I suka sangat dengan muffin ni, especially 3Es la....this muffin ni jugak antara menu yang I selalu buat....kekadang untuk breakfast, kekadang untuk tea....
Okay...ni meh layan resepi dia ya.....

Resepi Banana Muffin
Bahan-bahannya:-)

Bahan A
1 biji telur
1 cawan milk
1 cawan pisang yg dipotong bulat2
1/2 cawan minyak sayur

Bahan B
2 cawan tepung
1 cawan caster sugar
1 sudu kecil serbuk powder
1/2 sudu kecil garam

Bahan C
1 sudu besar chcocolate paste
Chocolate chips - utk topping
almond flakes - utk topping

Cara-cara penyediaannya:-)
Bahan A (kecuali pisang) dipukul dalam satu bekas sehingga sebati. Kemudian Bahan B dimasukkan ke dalam A dan kacau rata. Masukkan pisang ke dalam bancuhan A & B tadi. Bancuhan dibahagikan kepada 2 bahagian dalam 2 bekas yang berbeza. Chocolate paste dimasukkan ke dalam satu bekas itu dan kacau rata. Kemudian masukkan bancuhan chocolate paste ke dalam bekas muffin dan bancuhan yang plain juga dimasukkan ke dalam bekas muffin yang ada bancuhan chocolate paste itu secara berselang-seli. Setelah semua bancuhan tadi dimasukkan ke dalam bekas muffin, taburkan chocolate chips dan almond flakes ke atas bancuhan itu sebagai topping. Bakar dalam oven selama 25 minit pada 190 darjah celcius ya....Sejukkan muffin itu, siap sedia utk dingap!!!!...Makan masa suam2 pun sedap! Selamat Mencuba..


Friday, January 7, 2011

Sambal Kicap Sotong...

Ok...kali ni nak kongsi resepi Sambal Kicap Sotong ya. Ya...I memang suka masak sotong sebab kat rumah ni sotong amat laku ya....so, hari-hari masak sotong tak kiralah masak jenis apa pasti laku....

Resepi Sambal Kicap Sotong
BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 kilo sotong, potong bulat-bulat comel
1 cawan cili boh
1/2 cawan jus asam jawa
2 sudu sos tiram
3 sudu besar kicap pekat
3 biji bawang besar (dikisar dengan blender)
Garam dan gula secukup rasa
5 biji bawang merah (dikisar dengan blender)

2 ulas bawang putih (dikisar dengan blender)
Minyak untuk menumis


CARA PENYEDIAANNYA :-)
  1. Sotong digoreng dengan minyak sehingga garing. Angkat sotong tadi dan tumiskan bahan kisar yang diblender hingga harum, masukkan cili boh dan tumis hingga naik minyak.
  2. Masukkan jus asam jawa, kacau dan tambah garam dan gula secukup rasa. Masukkan juga sos tiram dan kicap pekat. Kemudian masukkan sotong yang telah digoreng tadi, kacau rata dan masak sekejap. Rasa untuk masin dan manisnya. Dah ok semuanya...angkat dan boleh dihidangkan...:-))

Thursday, January 6, 2011

Ikan Tenggiri Masak Lemak Lengkuas

Satu lagi resepi yang easy peasy daripada I. Sesungguhnya I hanya masak yang simple-simple sebab banyak lagi waiting list to do yang perlu settlekan especially weekend. Anyway, here's the recipe....

Resepi Ikan Tenggiri Masak Lemak Lengkuas
Bahan-bahannya :-)
4 keping Ikan Tenggiri
1 cawan santan pekat
1 cawan air
1 sudu kecil serbuk kari ikan
3 ulas bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci lengkuas (dikisar)
7 tangkai cili kering (dikisar)
2 ulas cili hijau
1 batang carrot (dipotong panjang2 & sedikit nipis)
garam & gula secukup rasa

Cara-cara penyediaannya:-)
Bahan-bahan yang dikisar itu tadi di masukkan ke dalam periuk dan masak seketika. Kemudian masukkan serbuk kari dan kacau rata. Masukkan santan pekat dan air juga. Kemudian cili hijau dan carrot dan diikuti dengan ikan tenggiri itu tadi. Garam dimasukkan untuk penyedap rasa. Masak ikan tersebut selama 10 minit atau kuahnya menggelegak. Siap untuk dihidangkan....Selamat Mencuba...

Wednesday, January 5, 2011

Classic Choc Cake...



Classic Choc Cake ni favourite sepanjang masa we all especially to 3Es la...boleh dikatakan hampir setiap minggu buat cake ini sebab 3Es suka benar makan cake ni. Kalau makan sejuk2 (letak di dalam peti ais) lagi sedap dan kalau ditambahkan lagi ice-cream vanilla lagi sedap!!! Resepi I dah lama benar dah dan tak ingat source dari mana tapi yang pasti daripada minah saleh diluar sana. As usual, I dah improvisekan resepi ini ikut citarasa I.....

Ok.....mari layan resepi dia okay!

Resepi Classic Choc Cake
Bahan-bahannya :-)
1 cawan tepung cake
1 cawan gula caster
1/2 cawan serbuk cocoa (kalau guna brand yang bagus, cake pun lagi sedap)
1 biji telur gred A
1/2 cawan butter / minyak pun ok ( I sudah cuba kedua-duanya...butter / minyak)
1tsp soda bikarbonat
1/4 cawan air panas
1/2 cawan susu / buttermilk
1tsp vanilla


Cara-cara penyediaannya:-)
Oven dipanaskan dengan 150 darjah celsius sambil siapkan pan untuk membakar. Campurkan kesemua bahan2 kering (tepung, serbuk cocoa, soda dalam satu bowl). Dalam bekas lain, pukul gula dan butter / minyak dan masukkan telur. Pukul sehingga sebati ya. Tambahkan susu / buttermilk, air panas dan vanilla. Later, baru campurkan bahan2 kering itu tadi ke dalam bancuhan itu tadi. Tuangkan ke dalam pan yang telah disediakan dan bakar selama 35minit atau sehingga cake masak. Sejukkan cake dan bolehlah dicurahkan topping ke atas cake tersebut dan hiaslah ikut kreativiti anda semua ya.......Selamat Mencuba ya tuan puan...:-))