Showing posts with label Kuih-muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih-muih. Show all posts

Friday, August 12, 2011

Onde-onde aka buah melaka...

Buah melaka aka onde-onde ni antara kuih wajib yang ada bila tibanya bulan Ramadhan....senang nak buat dan senang gak untuk dingap!!!....Favourite seisi rumah....kali ni my Eldest E yang tolong gentelkan jadi bulat-bulat.....suka hati betul si dia sebab dapat main masak-masak gitu!!!!

Ok la yea....I buat this onde-onde takde sukatan yang tepat, just ikut agak-agak je.......

Resepi Onde-onde aka Buah Melaka...

Bahan-bahan:
Tepung pulut
Air daun pandan (Jus pandan) ~ blendkan daun pandan dengan air
Gula melaka/kabung ~ dipotong kecil-kecil utk intinya
Kelapa parut secukupnya ~ digaul dgn sedikit garam halus
Air secukupnya utk merebus

Cara penyediaan:
1. Bancuh tepung pulut dengan air pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel.
2. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
3. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Buatkan bulat.
4. Panaskan air hingga mendidih.
5. Masukkan bebola pulut tadi.
6. Bila kuih timbul bolehlah diangkat dan toskan dalam tapisan.
7. Gaul dengan kelapa parut.

Friday, April 8, 2011

Kuih Bom....

I suka makan kuih ni....kalau nak beli I terpaksa tanya peniaga tu dulu samada kuih bom ni diperbuat daripada tepung pulut atau keledek...I tak suka makan kuih bom yang diperbuat daripada tepung pulut tau...so, nak sedap kenalah buat sendiri.....:-))
Ni resepinya kalau u all nak cuba...

Resepi Kuih Bom....
Bahan-bahannya:-))
1/2 kilo keledek
1 cawan tepung gandum
Bijan secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Bahan Inti:-))
1 cawan kelapa muda yang diparut
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan air

Cara-cara penyediaannya :-))
1. Keledek direbus bersama garam sehingga lembik.
2. Keledek dilenyek sehingga lumat dan gaulkan bersama tepung gandum.
3. Masakan bahan inti sehingga masak dan kering.
4. Leperkan adunan keledek dan letakkan bahan inti ke dalamnya.
5. Uli menjadi bebeola kecil yang comel dan golekkan di atas bijan.
6. Gorengkan dengan minyak panas sehingga masak atau kuning keemasan.
7. Angkat dan siap untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba!



Saturday, April 2, 2011

Cek Mek Molek....


I buat cek mek molek ni cuma 4 ketul je...itupun ada lebihan bancuhan keledek yang I buat kuih bom....cek mek molek ni favourite Mr E...(al maklumla 'kan....org Kelate...)...alih2 Middle E yang tolong perabihkan cek mek molek ni......nak resepi...mudah je....jom:-))

Resepi Cek Mek Molek
Bahan-bahannya:-))
1/2 kilo keledek
1/2 cawan tepung gandum
1/4 gula pasir
Sedkit garam
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara penyediaannya:-))
1. Keledek direbus sehingga empuk dengan letakkan sedikit garam.
2. Air dibuang dan lenyekkan keledek tersebut sehingga lumat gitu.
3. Keledek tadi digaulkan bersama tepung gandum.
4. Bentukkannya bujur dan masukkan gula pasir ke dalamnya.
5. Bentuk kuih itu dikemaskan agar gula pasir tidak terkeluar.
6. Goreng dgn menggunakan minyak yang telah dipanaskan sehingga masak.
7. Kuih diangkatkan utk toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan dan makan....
Selamat mencuba!


Thursday, March 17, 2011

Kuih Bakar Bijan


Teringin nak makan kuih bakar bijan...terus je I buat....buat just setengah adunan daripada resepi asal from Kak Wan....

Resepi Kuih Bakar Bijan
Bahan-bahannya :-)
250ml air*
10 helai daun pandan *
*diblend ya....
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
200ml santan pekat
250ml air
3 biji telur
1/2 sudu teh garam

Cara-cara penyediaannya :-)
Semua bahan dikacau sehingga sebati.
Tuangkan aduanan ke dalam bekas...(i guna pan muffin...comel & mudah nak makan..gara2 nak kerak-kerak yang banyak la)....
Bakar dalam 35 minit atau sehingga masak....
Selamat Mencuba!

Tuesday, January 4, 2011

Apam Tepung Beras.....

Tengok orang lain buat Apam Tepung Beras...nak jugak cuba buat...1st time buat terus jadi...yeayyy suka betul hati ni.....naik molek gitu Apam Tepung Beras I ni.....

Buat lebih....Mr E bawa ke surau sebab ada secara kebetulan pulak ada kenduri lepas Isyak...sesekali bersedekah, dapat pahala....pastu according to Mr E, Apam Tepung Beras I sangat laku !!!!

Meh layan resepi Apam Tepung Beras.....

Resepi Apam Tepung Beras copy from Periuk Belanga Zarin...tq!!!

Bahan-bahan

  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar
  • 3/4 cwn gula pasir(dua2 gula pasir pun takpe)
  • 2 1/2 cwn air
  • 2 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara

  1. Blend nasi dan air sehingga hancur(masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
  2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. Perap selama 3 jam.
  6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
  7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
  8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja...:-)) SELAMAT MENCUBA!!!