Showing posts with label Bread. Show all posts
Showing posts with label Bread. Show all posts

Thursday, August 4, 2011

Bread Butter Cocktail Pudding...


I baked this BBCP masa acara makan-makan during lunch kat rumah MIL. Hidangan utamanya, nasi kerabu dan laksa kelantan....I just bawakan this BBCP dan Red Velvet Cuppies for dessert....Senang je nak buat this BBCP...resepi di bawah ye....:-))

Resepi Bread Butter Cocktail Pudding...
Bahan-bahannya:-))
16 keping roti putih (kalau guna roti yang ada perisa pun ok jugak)
3 sudu mentega ( untuk griskan pan dan disapukan pada roti )
½ cawan gula kaster
2 biji telur
1 ½ cawan susu UHT
½ cawan krim putar (whipping cream)-jika tiada gantikan dengan susu cair
½ sudu kecil esen vanilla
¼ sudu kecil serbuk kulit kayu manis
Fresh fruits seperti strawberry, apple, pisang....
¼ cawan kacang almond-cincang


Cara membuat puding:
  1. Sapukan mentega pada roti dan dadukan.
  2. Letakkan roti dalam acuan pembakar mengikut bentuk yang digemari.
  3. Campurkan telur, susu , krim, esen vanilla dan kulit kayu manis. Kacau sehingga sebati.
  4. Tuangkan pada roti yang telah disusun dalam acuan.
  5. Taburkan fresh fruits yang telah dipotong dan kacang atas roti dan bakar roti atas dulang yang berisi air (steam bake) atau bakar tanpa steam bake dengan suhu kepanasan 180 darjah celsius selama 35 minit atau sehingga roti keperangan.

Sos Vanilla
Bahan-bahan sos vanilla
125 ml susu UHT
125 ml krim putar (whipping cream)
¼ cawan gula kaster
2 biji kuning telur
1 sudu besar tepung jagung

Cara membuat sos vanilla:
  1. Campurkan semua bahan dan kacau sehingga betul-betul sebati.
  2. Masakkan atas api yang sederhana sehingga sedikit likat. Pastikan sentiasa dikacau semasa memasak supaya tidak berketul. Sekiranya berketul anda boleh mesinkan dengan air dan tapiskannya.


Saturday, March 12, 2011

Homemade Darabiff Burger..

Simple-simple je lunch hari ni....ala, senang je nak buat homemade burger ni...Firstly, grillkan darabiff daging di atas pan sehingga masak. Masa masak darabiff ni, bubuhkan lada hitam, sos Lea & Perrins kedua-dua belah dagung tersebut. Bila sudah masak, kapitkan daging tersebut dengan tomato, salad dan roti serta mayonis & cili sos....Siap dan sedia dimakan dengan french fries jugak!!!

Tuesday, February 8, 2011

Homemade Mushroom & Garlic Bread....


Bila hujan....layan soup sure best 'kan...kebetulan pulak masa Mr E memancing di Sg Sembilan, Perak, hujan turun dengan lebatnya di Templer......godek2 kat dapur tengok apa2 yang patut yang boleh dimasak dan dimakan....Tanya 3Es, ok tak kalau mummy buat Mushroom Soup je untuk late lunch...makan bersama garlic bread? (Ni kes bila mummy 3Es takde mood sangat nak masa)....3Es pun ok je...so, apalagi.....dengan hati yang gumbiranya maka terhasillah......Homemade Mushroom & Garlic Bread main tibai je.....:-))

Jom tengok resepi dia...kut2 kalau u all nak cuba...
Resepi Homemade Mushroom & Garlic Bread

Bahan-bahannya:-)

2 cups of air

1/2 cup of thickened cream ( I guna cap Paul's)

1 kiub ayam cap Knorrs

10 biji cendawan butang – dipotong halus2, dicuci dan ditoskan

3 tbsp tepung gandum

garam secukup rasa

Cara-cara penyediaannya:-)

Air, kiub ayam, cendawan dan thickened cream dimasukkan ke dalam periuk dan dimasakkan sehingga mendidih.

Ambil 3 senduk kecil air dari rebusan tadi dan ianya dicampurkan dengan tepung gandum dan dikacau2 tepung gandum dengar air tersebut agar tidak berketul2 tau.

Masukkan semula bancuhan tepung gandum & air itu tadi ke dalam periuk rebusan dengan memastikan rasa garam dan segala2nya secukupnya.

Dibiarkan sehingga mendidih dan api dapur sudah boleh ditutup bila sudah mendapat kepekatan sup yang sesuai dan mengikut citarasa sendiri...

sedap di makan dengan garlic bread ;-)

Garlic Bread tu pulak, u all potong2kan bread jenis Baton secara menyerong2 mengikut banyak mana u all suka. Pastu, sapukan garlic butter di atas permukaan roti yang telah dipotong itu tadi dan bakarnya selama 7 minit.....

Then, Garlic Bread sedap dimakan bersama2 Homemade Mushroom masa panas2!!! Selamat Mencuba ya...:-))


Sunday, February 6, 2011

Chocolate Chips Bread Butter Pudding...

Memang menjadi kegilaan pulak dengan Bread Butter Pudding....kali ni I bereksperimen dengan Chocolate Chips pulak....maka, terhasillah Chocolate Chips Bread Butter Pudding. I buat this BBP masa jamu kengkawan Mr E yang transit kat rumah we all before pergi memancing di Sg Sembilan, Perak. This BBP dessert lepas makan BeeHoon Putih & Sambal Sotong Kering....

Nak resepi.....jom!!!

Resepi Chocolate Chips Bread Butter Pudding....
Bahan-bahannya:-)
10 keping roti (disapukan butter kedua-dua roti dan dikapitkan 2...kemudian dipotong2kan kecil bentuk segiempat)
Butter (untuk disapukan pada roti)
3/4 cawan gula castor
500ml susu segar
200ml whipping cream
5 biji telur
2 sudu besar vanilla
Krimis
Chocolate chips
Almond Nibs

Cara-cara penyediaannya:-)
1. Sediakan baking pan dan sapukannya tersebut dengan butter.
2. Taburkan kepingan roti yang telah disapu dengan butter dan chocolate chips ke dalam baking pan tersebut.
3. Pukul susu segar, whipping cream, telur, gula castor dan vanilla sehingga sebati.
4. Tuangkan bancuhan no 3 itu tadi ke dalam baking pan tersebut.
5. Taburkan krismis, chocolate chips dan almond nibs ke atas BBP.
6. Bakar dalam oven 180darjah celcius selama 30 minit
7. Siap dimasak, bolehlah dimakan begitu sahaja atau dengan vanilla sauce.

Sedap!!! Selamat Mencuba....

Tuesday, January 25, 2011

English Muffin for breakfast...

English Muffin ni I selalu buat seminggu sekali. One of the menu for my Eldest & Middle E punya bekalan ke sekolah. The best part about this English Muffin is...tak perlu bake! Cuma masak atas pan jer dan this muffin ala-ala McDonald punya burger utk breakfast...nak resepi...jom!

Resepi English Muffin

Bahan-bahannya:-)
Bahan A
1 1/2 sudu kecil yis kering
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil gula
300g tepung roti
15g susu tepung

Bahan B
180ml air suam

Bahan C
1/2 sudu besar mentega

Bahan D
Semolina utk menyalut

Cara-cara penyediaannya:-)
1. Masukkan semua Bahan A ke dalam mangkuk pengadun dan mixerkannya.
2. Tuangkan air ke dlm A sedikit demi sedikit hingga sebati dengan tepung.
3. Masukkan mentega dan uli sehingga lembut.
4. Masukkan doh tadi ke dalam mangkuk lain dan balutkan dengan plastik pembalut dan biarkan dog naik sekali ganda.
5. Bahagikan doh kepada 8 bahagian dan bentukkan menjadi bebola kecil.
6. Salutkan dengan semolina dan susunkan atas dulang yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung.
7. Biarkan selama 20 minit dan masakkan doh tadi di atas kuali kalis likat dengan api sederhana selama 7 minit dan balikkannya dan masak lagi selama 6 minit. Sejukkannya....dan boleh dimakan ala-ala Burger McDonald dengan isi daging, sayur-sayuran, cili sos & mayonis....
Selamat Mencuba!


Thursday, January 20, 2011

Sugar Donut

My Middle E sangat suka makan donut. Kekadang tu I saja2 buat yang frozen, sebab bila terasa nak makan donut terus je goreng dan guling2kan dengan gula halus..senang bukan!

Here's the recipe:-)
Sugar Donut

Bahan-bahannya:-)
100g tepung gandum
500g high protien flour
1 sudu besar baking powder
90g gula castor
1 sudu kecil garam halus
1 biji telur
1 sudu besar milk powder
300g air sejuk
1 sudu besar butter
15g yis

Cara-cara penyediaannya:-)
1. Campurkan ke semua bahan2 di atas dan diuli selama 20 minit sehingga sebati.
2. Biarkan doh tersebut selama 5 minit.
3. Kemudian bentukkan doh tersebut bentuk donut.
4. Gorengkannya dengan minyak yang panas.
5. Gaulkan donut yang telah siap digoreng itu dengan gula halus.
6. Siap untuk dimakan...Selamat mencuba!

Sunday, January 16, 2011

Bread Butter Pudding with vanilla & strawberry sauce...


Dah lama plan nak buat Bread Butter Pudding ni dan dah google pelbagai resepi BBP ni...tak sure yang mana satu sedap atau tidak.....alih2 I gabungkan semua resepi2 tersebut dan improvise the resepi (2 kali I buat tau dalam masa seminggu)...dan hasilnya memang tidak mengecewakan...senang kata sedap la....

Let's share the recipe ya...
Bahan-bahannya:-)
10 keping roti (disapukan butter kedua-dua roti dan dikapitkan 2...kemudian dipotong2kan kecil bentuk segiempat)
Butter (untuk disapukan pada roti)
3/4 cawan gula castor
500ml susu segar
200ml whipping cream
5 biji telur
2 sudu besar vanilla
Krimis
Chocolate chips
Almond Nibs

Cara-cara penyediaannya:-)
1. Sediakan baking pan dan sapukannya tersebut dengan butter
2. Taburkan kepingan roti yang telah disapu dengan butter ke dalam baking pan tersebut.
3. Pukul susu segar, whipping cream, telur, gula castor dan vanilla sehingga sebati.
4. Tuangkan bancuhan no 3 itu tadi ke dalam baking pan tersebut.
5. Taburkan krismis, chocolate chips dan almond nibs ke atas BBP.
6. Bakar dalam oven 180darjah celcius selama 30 minit
7. Siap dimasak, bolehlah dimakan begitu sahaja atau dengan vanilla sauce. Since I buat 2 kali, kali ke2 the BBP tu I kawankan dengan strawberry sauce pulak....Dua-dua sedap!!!

1st time buat BBP ni.....makan dengan vanilla sauce...

Kali kedua buat pulak...kawan dengan strawberry sauce pulak.....Kali 3 buat, agak-agak nak cuba makan dengan Chocolate sauce....okay tak? Anyway, selamat mencuba ya!!!