Sunday, February 6, 2011

Chocolate Chips Bread Butter Pudding...

Memang menjadi kegilaan pulak dengan Bread Butter Pudding....kali ni I bereksperimen dengan Chocolate Chips pulak....maka, terhasillah Chocolate Chips Bread Butter Pudding. I buat this BBP masa jamu kengkawan Mr E yang transit kat rumah we all before pergi memancing di Sg Sembilan, Perak. This BBP dessert lepas makan BeeHoon Putih & Sambal Sotong Kering....

Nak resepi.....jom!!!

Resepi Chocolate Chips Bread Butter Pudding....
Bahan-bahannya:-)
10 keping roti (disapukan butter kedua-dua roti dan dikapitkan 2...kemudian dipotong2kan kecil bentuk segiempat)
Butter (untuk disapukan pada roti)
3/4 cawan gula castor
500ml susu segar
200ml whipping cream
5 biji telur
2 sudu besar vanilla
Krimis
Chocolate chips
Almond Nibs

Cara-cara penyediaannya:-)
1. Sediakan baking pan dan sapukannya tersebut dengan butter.
2. Taburkan kepingan roti yang telah disapu dengan butter dan chocolate chips ke dalam baking pan tersebut.
3. Pukul susu segar, whipping cream, telur, gula castor dan vanilla sehingga sebati.
4. Tuangkan bancuhan no 3 itu tadi ke dalam baking pan tersebut.
5. Taburkan krismis, chocolate chips dan almond nibs ke atas BBP.
6. Bakar dalam oven 180darjah celcius selama 30 minit
7. Siap dimasak, bolehlah dimakan begitu sahaja atau dengan vanilla sauce.

Sedap!!! Selamat Mencuba....

2 comments:

  1. salam akak...
    nak tnya..vanilla sauce akak buat mcm mana ya?

    ReplyDelete
  2. Salam Izzati...
    I guna this recipe http://allrecipes.com/Recipe/vanilla-sauce/detail.aspx bila buat vanilla sauce. Cuba la ya...:-))

    ReplyDelete