Resepi Baked Chicken Wingss with Mushroom Sauce...
Bahan-bahannya :-)
Bahan A
10 keping chicken wings
5 ulas bawang putih yang ditumbuk hancur
2 sudu besar lemon juice
serbuk paprika
garam & gula secukup rasa
Cara-cara penyediaannya:-)
Lumurkan bawang putih, lemon juice, serbuk paprika, garam & gula secukup rasa ke atas chicken wings tersebut sehingga sebati. Perapkan ayam tadi lebih kurang 3jam...lebih sedap kalau semalam di dalam peti sejuk yang bukan tempat beku tau!...Kemudian, bakar chicken wings tersebut di dalam oven selama 45 minit sehingga masak.
Bahan B (Sayuran)
Baby Carrot
Bawang Besar
Potato
Kesemua bahan B dikukus selama 10 minit dahulu then masukkan ke dalam oven yang tengah membakar chicken wings itu pada setengah jam terakhir.....
Bahan C (Mushroom soup)
Cendawan butang dipotong2 kecil
Serbuk lada hitam
Garam
tepung gandum 2 sudu besar
kicap pekat
Kesemua bahan C dimasukkan ke dalam jus chicken wings yang diambil daripada chicken wings itu tadi di dalam pan. Masak dan kacau sebatian itu tadi sehingga agak pekat.
Then, bolehlah dihidangkan mengikut kreativiti masing2 dan siap sedia untuk dimakan....Happy Cooking!
No comments:
Post a Comment