Ni resepinya....layan...
Resepi Udang Masak Sos Sotong
Bahan-bahannya:-)
500gram udang sederhana besar
3 biji bawang besar, diracik2 halus
2 ulas bawang putih, diracik2 halus
3 sudu besar sos sotong
1 sudu besar sos tiram
Minyak untuk menumis
Garam & Gula secukup rasa
Cara-cara penyediaannya:-)
Minyak dipanaskan dan tumiskan bawang besar, bawang putih sehingga naik bau. Kemudian, masukkan sos udang & sos tiram dam masakkan sehingga bau wangi. Kemudian, masukkan udang yang telah dibersihkan ke dalam kuali dan kacau rata. Masukkan garam & gula secukup rasa dan masak sekejap udang tersebut. Siap dimasak bolehlah dihidangkan.....Selamat Mencuba!
No comments:
Post a Comment