Resepi Chinese Donut....
Bahan-bahannya:
2 cawan tepung
1/2 tsp. garam
2 ½ tsp baking powder
1 sudu kecil yeast
1/3 cwn butter flavored shortening (or butter) * saya guna butter
¾ cwn susu segar
Minyak masak untuk menggoreng
gula castor untuk salut donut
Cara-cara penyediaannya:
1. Satukan tepung, garam, yeast dan baking powder ke dalam mangkuk.
2. Masukkan butter ke dalam mangkuk tepung tadi dan gaulkan sehingga menjadi crumble atau menjadi seperti serbuk roti. Gaulkan sehingga tiada ketulan besar.
3. Masukkan pula susu segar dan gaul hingga menjadi doh berbentuk bola.
4. Menggunakan tangan, uli lembut (picit-picit) doh 8 ke 12 kali. Jangan terlebih uli.
5. Panaskan minyak atas api yang sederhana kecil.
6. Ambil sedikit doh bulatkan berbentuk bola dan leperkan sedikit seperti bentuk biskut.
7. Gorengkan sehingga keperanganan, selama lebih kurang 2 minit setiap bahagian.
8. Angkat donut dan terus golekkan ke dalam castor sugar untuk salutan
hehe..ala kita yang buat kite tuko jela malay donut ..boleh gitu?ikiki.. sebebnarnya donut ni asalnya memang resepi chinese..tapi diubah sikit kot..tapi berbeza kat caranya tu kan..hanya uli lembut2 gitu je kan..mmg sedap sebab rangup gitu
ReplyDeleteIzah...boleh je...hahahahahaha..mudah nak sediakan donut ni dan rasa pun sedap...boleh buat lagi ni....
ReplyDeletesalam.. Mrs E.. saya silent reader.. like reading all your blogs..
ReplyDeletesgt tertarik with this doughnut.. nak cuba buat.. tapi since i tak pernah buat any donuts before, nak tanya.. dough tu tak payah tunggu naik dulu ke? boleh terus goreng lepas uli? Sori ek if my questio is very so not welcoming question.. I kan budak baru belajar,, hope you can guide me.. Tq..
Anonymous,
ReplyDeleteNow u bukan silent reader lagi...yeayyy!!! Tq for likes reading my blogs (terasa macam ada selebriti pulak)...
Donut ni tak perlu tunggu naik pun...boleh terus goreng & golekkan atas gula castor...pastu terus ngap...cuba la yea:-))
yeast tu guna mauripan yg kering tu ke?
ReplyDeleteAnonymous...
ReplyDeleteya mmg yeast mauripan yg kering tu...:-)