Showing posts with label Pudding. Show all posts
Showing posts with label Pudding. Show all posts

Monday, September 12, 2011

Pudding Laici....

We all sangat suka makan this pudding laici.....lagipun nak buat this pudding ni pun sempoi je....

Resepi Pudding Laici...
Bahan-bahannya:-)
10 gm agar2 serbuk atau 1 paket agar2 biasa [20 gram]
4 cawan air
1 cawan gula
1 tin susu cair
1 tin laici dalam tin... potong laici tu kecil-kecil
1 tin laici (untuk hiasan)


Cara:
1. Masakkan agar2 serbuk atau agar biasa bersama air sehingga mendidih.
2. Masukkan gula. Biarkan mendidih lagi. (jika gunakan agar biasa kena tapis)
3. Tutup api. Masukkan air laici dan susu cair.
4. Tuangkan dalam acuan (terpulanglah nak acuan besar atau mangkuk kecil). Bila dah sejuk masukkan dalam peti sejuk.
5. Hidangkan bersama buah laici yang telah diasingkan. Sedap!!!!

Thursday, August 4, 2011

Bread Butter Cocktail Pudding...


I baked this BBCP masa acara makan-makan during lunch kat rumah MIL. Hidangan utamanya, nasi kerabu dan laksa kelantan....I just bawakan this BBCP dan Red Velvet Cuppies for dessert....Senang je nak buat this BBCP...resepi di bawah ye....:-))

Resepi Bread Butter Cocktail Pudding...
Bahan-bahannya:-))
16 keping roti putih (kalau guna roti yang ada perisa pun ok jugak)
3 sudu mentega ( untuk griskan pan dan disapukan pada roti )
½ cawan gula kaster
2 biji telur
1 ½ cawan susu UHT
½ cawan krim putar (whipping cream)-jika tiada gantikan dengan susu cair
½ sudu kecil esen vanilla
¼ sudu kecil serbuk kulit kayu manis
Fresh fruits seperti strawberry, apple, pisang....
¼ cawan kacang almond-cincang


Cara membuat puding:
  1. Sapukan mentega pada roti dan dadukan.
  2. Letakkan roti dalam acuan pembakar mengikut bentuk yang digemari.
  3. Campurkan telur, susu , krim, esen vanilla dan kulit kayu manis. Kacau sehingga sebati.
  4. Tuangkan pada roti yang telah disusun dalam acuan.
  5. Taburkan fresh fruits yang telah dipotong dan kacang atas roti dan bakar roti atas dulang yang berisi air (steam bake) atau bakar tanpa steam bake dengan suhu kepanasan 180 darjah celsius selama 35 minit atau sehingga roti keperangan.

Sos Vanilla
Bahan-bahan sos vanilla
125 ml susu UHT
125 ml krim putar (whipping cream)
¼ cawan gula kaster
2 biji kuning telur
1 sudu besar tepung jagung

Cara membuat sos vanilla:
  1. Campurkan semua bahan dan kacau sehingga betul-betul sebati.
  2. Masakkan atas api yang sederhana sehingga sedikit likat. Pastikan sentiasa dikacau semasa memasak supaya tidak berketul. Sekiranya berketul anda boleh mesinkan dengan air dan tapiskannya.


Sunday, February 6, 2011

Chocolate Chips Bread Butter Pudding...

Memang menjadi kegilaan pulak dengan Bread Butter Pudding....kali ni I bereksperimen dengan Chocolate Chips pulak....maka, terhasillah Chocolate Chips Bread Butter Pudding. I buat this BBP masa jamu kengkawan Mr E yang transit kat rumah we all before pergi memancing di Sg Sembilan, Perak. This BBP dessert lepas makan BeeHoon Putih & Sambal Sotong Kering....

Nak resepi.....jom!!!

Resepi Chocolate Chips Bread Butter Pudding....
Bahan-bahannya:-)
10 keping roti (disapukan butter kedua-dua roti dan dikapitkan 2...kemudian dipotong2kan kecil bentuk segiempat)
Butter (untuk disapukan pada roti)
3/4 cawan gula castor
500ml susu segar
200ml whipping cream
5 biji telur
2 sudu besar vanilla
Krimis
Chocolate chips
Almond Nibs

Cara-cara penyediaannya:-)
1. Sediakan baking pan dan sapukannya tersebut dengan butter.
2. Taburkan kepingan roti yang telah disapu dengan butter dan chocolate chips ke dalam baking pan tersebut.
3. Pukul susu segar, whipping cream, telur, gula castor dan vanilla sehingga sebati.
4. Tuangkan bancuhan no 3 itu tadi ke dalam baking pan tersebut.
5. Taburkan krismis, chocolate chips dan almond nibs ke atas BBP.
6. Bakar dalam oven 180darjah celcius selama 30 minit
7. Siap dimasak, bolehlah dimakan begitu sahaja atau dengan vanilla sauce.

Sedap!!! Selamat Mencuba....

Sunday, January 16, 2011

Bread Butter Pudding with vanilla & strawberry sauce...


Dah lama plan nak buat Bread Butter Pudding ni dan dah google pelbagai resepi BBP ni...tak sure yang mana satu sedap atau tidak.....alih2 I gabungkan semua resepi2 tersebut dan improvise the resepi (2 kali I buat tau dalam masa seminggu)...dan hasilnya memang tidak mengecewakan...senang kata sedap la....

Let's share the recipe ya...
Bahan-bahannya:-)
10 keping roti (disapukan butter kedua-dua roti dan dikapitkan 2...kemudian dipotong2kan kecil bentuk segiempat)
Butter (untuk disapukan pada roti)
3/4 cawan gula castor
500ml susu segar
200ml whipping cream
5 biji telur
2 sudu besar vanilla
Krimis
Chocolate chips
Almond Nibs

Cara-cara penyediaannya:-)
1. Sediakan baking pan dan sapukannya tersebut dengan butter
2. Taburkan kepingan roti yang telah disapu dengan butter ke dalam baking pan tersebut.
3. Pukul susu segar, whipping cream, telur, gula castor dan vanilla sehingga sebati.
4. Tuangkan bancuhan no 3 itu tadi ke dalam baking pan tersebut.
5. Taburkan krismis, chocolate chips dan almond nibs ke atas BBP.
6. Bakar dalam oven 180darjah celcius selama 30 minit
7. Siap dimasak, bolehlah dimakan begitu sahaja atau dengan vanilla sauce. Since I buat 2 kali, kali ke2 the BBP tu I kawankan dengan strawberry sauce pulak....Dua-dua sedap!!!

1st time buat BBP ni.....makan dengan vanilla sauce...

Kali kedua buat pulak...kawan dengan strawberry sauce pulak.....Kali 3 buat, agak-agak nak cuba makan dengan Chocolate sauce....okay tak? Anyway, selamat mencuba ya!!!