Showing posts with label Banana / Pisang. Show all posts
Showing posts with label Banana / Pisang. Show all posts

Tuesday, October 11, 2011

Banana Coconut Milk Cake.....


Other recipe from me....kali ni I baked kek pisang emas tau...bukan sebarang kek pisang ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian. I bubuh santan segar dalam aduanan ini...oh!!! sungguh harum sedap sekali baunya bila kek ini dibakar! Rasanya pun sungguh sedap dan moist sekali...Siap ada my friend kat FB minta I buatkan untuk dia satu bila I postkan gambar kek pisang di FB....:-))

BANANA COCONUT MILK CAKE RECIPE...
Bahan-bahannya:-)
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan santan segar
6 biji pisang emas yang ranum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
secubit garam
sedikit esen vanila
3 biji telur
sedikit coklat emulco ataupun serbuk koko


Cara-cara penyediaannya:-)

Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat
Selepas itu, lenyek pisang dan campur sedikit dengan garam, ketepikan
Kemudian, pukul telur bersama gula hingga kembang.
Setelah adunan telur sudah kembang, masukkan pisang yang telah dilenyek tadi bersama minyak masak, kacau sebati
Selepas itu masukan tepung sedikit demi sedikit dan masukkan pula susu segar dan esen vanila
Kacau sebati menggunakan spatula atau senduk kayu.
Ambil kira-kira 2 senduk adunan kek, dan campurkan dengan coklat emulco atau serbuk koko,
kacau sebati dan ketepikan.
Curah baki adunan kek pisang di dalam acuan bulat 8 inc
Loyang tu sapu buter dulu dan alas dasar loyang degn kertas baking
Kalau nak tabur tepung pun boleh tapi jgn lupa ketuk2 loyang dan buang baki tepung tu.
Kemudian curah pula adunan coklat, lorekkan perlahan dengan menggunakan garpu
Bakar kek pada suhu 170 darjah celcius selama 60 minit,
Setelah siap di bakar, sejukkan kek.


Saturday, August 13, 2011

Banana Cake yang sedap!!!!

Sungguh sedap sekali banana cake ni. Lagi sedap kalau makan keesokkan harinya...lagi moist gitu! I baked this banana cake before sahur pada hari Jumaat. Then bawa ke rumah my mama sebab nak berbuka puasa beramai-ramai.......so, u guys....cubalah la yea kalau ada pisang yang terlebih2 kat rumah u all tu.....:-))

Resepi Banana Cake Yummy!!!!

BAHAN-BAHANNYA :-)

250 g tepung gandum*
1 camca teh soda bicarbonate
*
1/2 camca teh garam halus
*(*digaul rata dan diayak)
150 g gula halus
5 biji telur gred A
225 g mentega, dicairkan dan biar sejuk
300 g pisang emas + 1 camca teh vanilla, dilenyek halus


Cara penyediaannya:-)

  1. Panaskan oven pada suhu 170C. Lenser bund-pan dengan mentega, tabur tepung rata dan ketuk keluar lebihan tepung. Ketepikan.
  2. Putar gula dengan telur (kesemuanya) dan putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan naik dan pekat (seperti adunan baulu). Perlahankan speed dan masukkan pisang lecek, gaul rata
  3. Masukkan tepung berselang seli dengan mentega cair tadi. Buat hingga siap dan gaul rata. Tuang dalam tin yang telah disediakan. Bakar 5o minit atau hingga masak, mengikut oven masing2.
  4. Uji kek dengan cake tester di bahagian tengah kek, jika keluar bersih, tanda kek dah masak. Biar kan kek sejuk sedikit, longgar2kan dari tin dan terbalikkan. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan sebelum dihidang..

Sunday, January 30, 2011

Muffin Pisang Coklat Kukus


Buat this muffin aka apam 2 last week. Rumah ni pisang sentiasa tak putus...kalau tak beli, sure ada yang memberi. Pisang pun antara favourite we all....1st time buat this muffin terus jadi...happy I tau....


This recipe I skodeng kat Zarin's & Izah's blog. Thanks to both of u...Recipe I copy & paste ya....

APAM aka MUFFIN PISANG COKLAT
Bahan A [Ayakkan]
1 cawan tepung gandum
1 s/b serbuk koko
1/2 s/k soda bikarbonat
1/2 s/k baking powder
Sedikir garam

Bahan B
1/2 cawan pisang emas/berangan lecek
1/2 cawan minyak
3/4 cawan gula perang
1 biji telur [pukul sedikit ngan garfu]


Cara
1. Ayakkan bahan A dan masukkan dalam mangkuk.
2. Masukkan bahan B dan kacau rata.
3. Masukkan dalam acuan kecil atau loyang.
4. Kukuskan selama 30 minit atau sehingga masak.

Wednesday, January 12, 2011

Lepat Pisang Emas dibawa belayar....


I ni sangat suka makan kuih- muih tradisional ni.....kat rumah I ni, cuma my Middle E je yang boleh jadi kawan I untuk makan kuih-muih tradisional ni....yang lain2 tak suka...:-((

Takpa lah....at least ada kawan nak layan jugak 'kan....tq Middle E....so, last weekend I buat lah si Lepat Pisang Emas ni sebab ada pisang emas di dalam freeze yang sudah agak lebam...tak baik membazirkan....so, apalagi....selain cekodok pisang (paling mudah nak dibuat 'kan)..tetiba lak teringin nak makan lepat pisang....haaaa apalagi, tekak nak makan...bikin sendiri lahhhh...

Here's the recipe....
Resepi Lepat Pisang Emas....

Bahan-bahannya:-)
6 biji pisang emas (dilenyek-lenyek sehingga hancur)
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar gula
1 sudu kecil soda bikarbonat
Daun pisang yang telah disiap dilayur dan disapukan dengan sedikit minyak
Kelapa parut putih (digaulkan dengan sedikit garam untuk inti)

Cara-cara penyediaannya:-)
Masukkan gula dan soda bikarbonat ke dalam pisang yang telah dilenyek-lenyekkan tadi dan kacau rata. Masukkan pula tepung gandum ke dalam bancuhan tadi dan kacau sehingga sebati. Letakkan bancuhan pisang itu tadi di atas daun pisang dan letakkan inti kelapa putih parut di tengah-tengah bancuhan tersebut. Lipat daun pisang tersebut seperti gambar yang kedua di atas dan diletakkan ke dalam pengukus. Setelah selesai semuanya, tenggekkan pengukus tersebut di atas dapur dan kukus lepat pisang emas itu lebih kurang 15 minit. Siap dimasak dan bolehlah dimakan....Selamat Mencuba!