Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

Wednesday, September 7, 2011

Nasi Lemak Overdose!

Masak this Nasi Lemak last Sunday. Siap boleh makan sampai ke malam tuuuu...ajak my neighbour sekali brunch sambil beraya kat rumah I....Actually, kalau buat sendiri Nasi Lemak ni lagi puas hati 'kan sebab boleh makan banyak dan taruk semua bahan-bahan sampingan sebanyak mana yang kita suka 'kan.....

Resepi Nasi Lemak

Bahan untuk nasi;

3 cawan beras
1 cawan santan
3 cawan air (atau agak je sukatan air macam masak nasi!)
3 hiris halia
1 helai daun pandan
sedikit garam

Cara-caranya
* Campurkan semua bahan di dalam rice cooker dan masak nasi seperti biasa.

Bahan Untuk Sambal;

10 sudu besar cili boh
6 ulas bawang merah – diblend
4 ulas bawang putih – diblend
2 labu bawang besar – ditumbuk dan 1 labu bawang besar hiris
segenggam ikan bilis ( sebahagian diblend, sebahagian lagi di goreng )
sedikit air asam jawa
sedikit garam, gula dan perasa

Cara membuat sambal;

  1. Tumis cili boh, bawang merah, bawang besar, bawang putih dan ikan bilis hingga pecah minyak.
  2. Masukkan air asam, bawang besar hiris dan sedikit air agar sambal tidak terlalu pekat.
  3. Bila sudah mendidih sesuaikan rasa dam masukkan ikan bilis yang telah di goreng.

Bahan sampingan lain;

timun – dihiris dan telur rebus - ikut berapa banyak yang u all suka ya

kacang tanah digoreng & ikan bilis goreng

Thursday, August 18, 2011

Nasi kerabu not so blue and the gengs....

Macam tak percaya je yang I boleh masak this Nasi Kerabu.....Adoiyaiii, rasa nak menangis arrr menyiapkan Nasi Kerabu ni,,,,sangat renyah & banyak kerja la pulak. But, sebab nak challenge diri sendiri punya pasal 'kan so, I gagahkan juga masak Nasi Kerabu ni.....yang mana merangkap favourite my Mr E...al'maklumlah 'kan...Mr E ni orang Kelate, sure boleh kasi komen 'kan rasa Nasi Kerabu yang wife dia masak ni 'kan....:-))....Resepi I ada surf kat internet (tq Kak Shidah) dan online terus dengan my MIL dengan phone ya....so, I gabungkan kedua-duanya I masak ikut stail I la....

Siap jemput my in-laws & 2 adik ipar lelaki I jemput berbuka sekali dengan we all kat Templer. Nak minta depa komen my Nasi Kerabu la....Alhamdullillah..semua suka...dan agak menepati citarasa jugak la...yes! I'm so happy...:-))

Resepi Nasi Kerabu my stail ya....
Nasi putih - masak seperti biasa ya...
Ulam-ulaman - kacang panjang, daun serai kayu / daun kemangi, daun kesum, bunga kantan, kobis, taugeh & timun (diracik-racik halus serta comel dan digaulkan dalam mangkuk kasi serasi ya)
Ni la dia rupa paras ulam-ulaman itu ya....:-))

Sambal Tumis kontroversi ya....(sebabnya I masak 2 kali this sambal tumis kerana yang pertamanya hangus!!!!!...sib baiklah masak kali kedua menjadi...:-))
Bahan blend
15 ulas bawang merah
2 inci halia
2 batang serai
10 tbsp cili boh
garam & gula secukup rasa
skit udang kering
skit belacan
2 keping assam keping
1/2 kilo santan & nisang (I guna gula melaka je) - (ni je tak perlu diblend ya)
Ok....masukkan semua bahan-bahan yang telah diblend plus santan ke dalam periuk/kuali....jerang atas api yang perlahan. Masak sehingga naik minyak ya...Adjust la ikut kepekatan masing2 ya!

Sambal Tumis ya.......pergh!!! 2 jam jugak nak siapkan ni sebab yang pertama tu hangus!

Sambal Kelapa
bahan-bahan:-)
Kelapa parut 1/2 biji - disangai ya
Serai 2 batang....
Bawang merah 5 ulas
Lada hitam 1tsp
Halia 1 1/2 inci
6 ekor Ikan kembung -rebus, amik isi & tumbuk guna lesung batu ya
Garam & gula sesedap rasa...
Semua bahan2 tadi ditumbuk kasi hancuss...then gaulkan dengan kelapa yg telah disangai tadi. Then sangaikan sekali di atas kuali...but jgn kering sangat ya.....

Sambal Ikan......

Bahan-bahan lain yang wajib ada.....

Budu....masukkan cili api dan perahkan limau nipis ke dalam budu itu....

Telur Asin....rebus dulu tau!

Ikan kembung goreng tepung...

Daging bakar....

Ayam goreng tak jadi ayam percik!..sebab tak sempat la nak buat...:-((

keropok goreng....

Complete!!!...

Saturday, May 14, 2011

Nasi Goreng Udang....


Resepi seperti yang I masak Nasi Goreng Seafood...cuma taruk udang je ikut sebanyak mana yang u all suka ya.....

My youngest E yang terlalu suka makan Nasi Goreng.....Happy Weekend ya..:-))

Tuesday, May 10, 2011

Nasi Goreng Seafood....



Resepi Nasi Goreng Seafood
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 mangkuk besar nasi
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 paket sayur campur
3 biji telur
1 cawan udang
1 cawan sotong
1 camca besar sos tiram
1/4 camca teh minyak bijan
Kicap cair secukupnya
Hirisan daun sup/daun bawang*
Hirisan cili merah*(*untuk hiasan)

BAHAN SAMBAL BELACAN :-)
1 inci belacan, dibakar
2 biji cili merah
15 biji cili padi merah
Secubit gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sayur campur dicuci dan dipotong berasingan. Tumbuk lumat semua bahan2 untuk sambal belacan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih dan sambal belacan hingga harum, masukkan sos tiram dan gaul rata. Tambah sotong dan udang. Masak sekejap.
  3. Tolak ketepi kuali bahan2 tadi, masukkan telur dan biar hingga telur mengeras sedikit. Kacau dengan sudip untuk menghancurkan telur tadi. Gaul rata dengan bahan2 lain. Masukkan nasi dan gaul rata.
  4. Tambah minyak bijan dan kicap cair secukupnya. Gaul hingga semua rata. Tambah daun sawi dan kacau lagi. Rasa dan jika perlu tambah kicap cair sehingga mendapat tahap kemasinan yg sesuai.
  5. Alih nasi tadi ke dalam bekas sesuai dan tabur hirisan daun sup/daun bawang dan hirisan cili sebelum menghidang. Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!!!

Sunday, April 17, 2011

Nasi Ayam my version.....

Kalau I sudah kekeringan idea nak masak apa untuk lunch....selalunya yang bermain dalam fikiran I ialah nasi ayamje la. Mudah & senang untuk disediakan...malah kenyang dan boleh dimakan berulang-ulang kali........
'
Resepi Nasi Ayam...
Bahan-bahannya:-)
  • Untuk rebus
  • -1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)
  • - 2 ulas bawang putih
  • - 2sm halia yg diketuk
  • 2 tangkai daun sup dan daun bawang
  • Untuk perap
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit kicap cair
  • Untuk nasi
  • 5cwn beras
  • 3 sudu besar butter
  • 1cm halia- ditumbuk
  • 4 ulas bawang putih -ditumbuk (I tumis jgk bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis cikit)
  • air rebusan ayam tadi secukupnya (I guna kuah sup ayam)
  • sedikit garam (I tambah kiub pati lembu-pati ayam tadak).
  • Bahan sos
  • 5biji cili merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 1 sudu teh cuka, garam, gula
  • 1/2 cawan air
  • Untuk sup
  • lebihan air rebusan ayam
  • 1 biji bawang besar kisar
  • rempah sup
  • garam
  • daun sup yg dihiris.

Cara-cara penyediaannya:-))

1. Ayam dipotong ikut suka besarnya.bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2sm halia yg diketuk..dan rebus hingga empuk

2. Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15-20min. Goreng hingga garing.

3. Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis halia dan bawang putih (dan jugak rempah2 tue kalau guna ) hingga garing. masukkan beras (I kacau hingga beras jd cam bersinar2), masukkan air rebusan ayam (I guna sup ayam) secukupnya dan garam. Masak seperti biasa.

4. Untuk sos-blendkan semua bahan diatas. boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)

5. Untuk sup- air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi.