Saturday, August 13, 2011

Banana Cake yang sedap!!!!

Sungguh sedap sekali banana cake ni. Lagi sedap kalau makan keesokkan harinya...lagi moist gitu! I baked this banana cake before sahur pada hari Jumaat. Then bawa ke rumah my mama sebab nak berbuka puasa beramai-ramai.......so, u guys....cubalah la yea kalau ada pisang yang terlebih2 kat rumah u all tu.....:-))

Resepi Banana Cake Yummy!!!!

BAHAN-BAHANNYA :-)

250 g tepung gandum*
1 camca teh soda bicarbonate
*
1/2 camca teh garam halus
*(*digaul rata dan diayak)
150 g gula halus
5 biji telur gred A
225 g mentega, dicairkan dan biar sejuk
300 g pisang emas + 1 camca teh vanilla, dilenyek halus


Cara penyediaannya:-)

  1. Panaskan oven pada suhu 170C. Lenser bund-pan dengan mentega, tabur tepung rata dan ketuk keluar lebihan tepung. Ketepikan.
  2. Putar gula dengan telur (kesemuanya) dan putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan naik dan pekat (seperti adunan baulu). Perlahankan speed dan masukkan pisang lecek, gaul rata
  3. Masukkan tepung berselang seli dengan mentega cair tadi. Buat hingga siap dan gaul rata. Tuang dalam tin yang telah disediakan. Bakar 5o minit atau hingga masak, mengikut oven masing2.
  4. Uji kek dengan cake tester di bahagian tengah kek, jika keluar bersih, tanda kek dah masak. Biar kan kek sejuk sedikit, longgar2kan dari tin dan terbalikkan. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan sebelum dihidang..

1 comment:

  1. Asslamualaikum Tuan Tanah ^_^ , nak tanya adunan tu sesuai dengan pan size apa?

    ReplyDelete