Tuesday, January 4, 2011

Apam Tepung Beras.....

Tengok orang lain buat Apam Tepung Beras...nak jugak cuba buat...1st time buat terus jadi...yeayyy suka betul hati ni.....naik molek gitu Apam Tepung Beras I ni.....

Buat lebih....Mr E bawa ke surau sebab ada secara kebetulan pulak ada kenduri lepas Isyak...sesekali bersedekah, dapat pahala....pastu according to Mr E, Apam Tepung Beras I sangat laku !!!!

Meh layan resepi Apam Tepung Beras.....

Resepi Apam Tepung Beras copy from Periuk Belanga Zarin...tq!!!

Bahan-bahan

  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar
  • 3/4 cwn gula pasir(dua2 gula pasir pun takpe)
  • 2 1/2 cwn air
  • 2 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara

  1. Blend nasi dan air sehingga hancur(masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
  2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. Perap selama 3 jam.
  6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
  7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
  8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja...:-)) SELAMAT MENCUBA!!!

No comments:

Post a Comment