Tuesday, January 4, 2011

Apam Tepung Beras.....

Tengok orang lain buat Apam Tepung Beras...nak jugak cuba buat...1st time buat terus jadi...yeayyy suka betul hati ni.....naik molek gitu Apam Tepung Beras I ni.....

Buat lebih....Mr E bawa ke surau sebab ada secara kebetulan pulak ada kenduri lepas Isyak...sesekali bersedekah, dapat pahala....pastu according to Mr E, Apam Tepung Beras I sangat laku !!!!

Meh layan resepi Apam Tepung Beras.....

Resepi Apam Tepung Beras copy from Periuk Belanga Zarin...tq!!!

Bahan-bahan

  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar
  • 3/4 cwn gula pasir(dua2 gula pasir pun takpe)
  • 2 1/2 cwn air
  • 2 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara

  1. Blend nasi dan air sehingga hancur(masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
  2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. Perap selama 3 jam.
  6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
  7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
  8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja...:-)) SELAMAT MENCUBA!!!

Monday, January 3, 2011

Sambal Sotong Campak-Campak

Sambal sotong ni I masak ala campak2 jer...sukatan ikut rasa. Ala...semua orang tahu 'kan nak masak sambal sotong ni...Ni resepi sambal sotong campak-campak yang menjadi kegilaan Mr E & Eldest E....

Resepi Sambal Sotong Campak-Campak....
BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 kilo sotong, potong bulat-bulat comel
1 cawan cili boh
1/2 cawan jus asam jawa
2 sudu sos tiram
3 biji bawang besar (dikisar dengan blender)
Garam dan gula secukup rasa
5 biji bawang merah (dikisar dengan blender)

2 ulas bawang putih (dikisar dengan blender)
Minyak untuk menumis


CARA PENYEDIAANNYA :-)
  1. Sotong digoreng dengan minyak sehingga garing. Angkat sotong tadi dan tumiskan bahan kisar yang diblender hingga harum, masukkan cili boh dan tumis hingga naik minyak.
  2. Masukkan jus asam jawa, kacau dan tambah garam dan gula secukup rasa. Masukkan juga sos tiram. Kemudian masukkan sotong yang telah digoreng tadi, kacau rata dan masak sekejap. Rasa untuk masin dan manisnya. Dah ok semuanya...angkat dan boleh dihidangkan...:-))

Sunday, January 2, 2011

Ikan Parang Masak Singgang

Masak singgang ni I belajar daripada my mama. Sangat sempoi dan antara favourite I sebab ianya mudah dan simple untuk memasaknya....tak percaya?..mari kita lihat bahan2 dan cara2 penyediaannya....:-))

Resepi Ikan Parang Masak Singgang
Bahan-bahannya :-)
4 ketul Ikan Parang (nak guna ikan jenis lain pun boleh juga..tapi I suka sangat dengan Ikan Parang walaupun ikan ni banyak tulang)-digaulkan dengan sedikit kunyit ya
3 ulas bawang merah (diracik halus-halus)
2 ulas bawang putih (diracik halus-halus)
1 inci halia (diracik halus-halus)
1 batang serai (diketuk)
2 biji cili hijau
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara penyediaannya:-)
Tumis semua bawang merah, bawang putih, halia dan serai sehingga naik bau. Kemudian, masukkan air secukupnya (ikut banyak mana dan bergantung kepada tukang masak ya...) dan garam. Lepas tu, baru masukkan Ikan Parang dan cili hijau yang dibelah dua. Biarkan ikan tersebut masak lebih kurang 10 minit atau sehingga airnya mengelegak. Siap dimasak, dihidang dan dimakan bersama nasi panas....Mudah bukan! Selamat mencuba..:-))

Saturday, January 1, 2011

Char Kueh Teow Goreng

Sebagai permulaan....ni resepi masak Char Kueh Teow Goreng versi I....
I nak share makanan /masakan favourite we all.
Boleh dikatakan menu siaran ulangan kat Templer ni....
hehehehehehe..layan je 'kan, nak buat camne, kalau dah favourite...
so, I nak share resepi Char Kueh Teow Goreng yang I buat untuk breakfast tadi.
Bahan2 yang sangat simple & mudah sangat nak bikin..

Resepi Char Kueh Teow Goreng...

Bahan-bahan yang perlu ada:
2 paket Kueh Teow (favourite I guna yang nipis dan halus2 punya)- dicuci & ditoskan
12 ekor Udang sederhana besar
telur (ikut berapa suka la...I suka ada telur banyak, so I guna 3 biji telur)
1 cawan Isi Kerang
2 keping Tauhu (didadu & digoreng)
1 paket Fishball Goreng
5 biji bawang merah (dihiris nipis)
4 biji bawang putih ( dihiris nipis)
2 camca besar cili boh
2 camca kicap pekat
2 camca sos tiram
2 camca sos ikan
1 biji tomato
1 ikat daun kucai
1 cawan taugeh (dicuci & ditoskan)
kicap mee secukupnya
minyak untuk menumis
garam & gula ikut rasa

Cara pembikinannya....
Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang merah & putih sehingga naik bau. Then masukkan cili boh, sos tiram, sos ikan, kicap pekat. Garam & gula masukan ikut sukatan masing2 ya. Masukkan tauhu, kerang, udang, fishball dan asingkan ke tepi kuali dan masukkan telur ditengah2 dan masak sehingga telur itu hancur. Masukkan kueh teow dan gaul rata antara kesemua bahan2 tadi. Then, masukkan kicap mee pula dan gaul rata. Later, masukkan tomato, daun kucai, taugeh...kacau rata dan dibiarkan masak seketika. Hias dengan belahan limau kasturi dan daun sup sebagai hiasan. Ready untuk dimakan....:-))

Happy New Year ! Selamat Tahun Baru 2011 !

Tahun Baru datang lagi.
Baju baru, kasut baru, azam baru...dan tak lupa juga Blog Baru !

Taste Buds...kini muncul untuk memanuskripkan koleksi resipi, tips, review dan pelbagai macam ceritera berkisarkan hobi utama masa lapang (dan tak berapa lapang) rakyat 1Malaysia - Makan..makan..makan..makan...