Tuesday, September 27, 2011
Sicilian Orange Cake...
Monday, September 12, 2011
Pudding Laici....
Resepi Pudding Laici...
Bahan-bahannya:-)
10 gm agar2 serbuk atau 1 paket agar2 biasa [20 gram]
4 cawan air
1 cawan gula
1 tin susu cair
1 tin laici dalam tin... potong laici tu kecil-kecil
1 tin laici (untuk hiasan)
Cara:
1. Masakkan agar2 serbuk atau agar biasa bersama air sehingga mendidih.
2. Masukkan gula. Biarkan mendidih lagi. (jika gunakan agar biasa kena tapis)
3. Tutup api. Masukkan air laici dan susu cair.
4. Tuangkan dalam acuan (terpulanglah nak acuan besar atau mangkuk kecil). Bila dah sejuk masukkan dalam peti sejuk.
5. Hidangkan bersama buah laici yang telah diasingkan. Sedap!!!!
Friday, September 9, 2011
Homemade Strawberry Jam....
Wednesday, September 7, 2011
Nasi Lemak Overdose!
Resepi Nasi Lemak
Bahan untuk nasi;
3 cawan beras
1 cawan santan
3 cawan air (atau agak je sukatan air macam masak nasi!)
3 hiris halia
1 helai daun pandan
sedikit garam
Cara-caranya
* Campurkan semua bahan di dalam rice cooker dan masak nasi seperti biasa.
Bahan Untuk Sambal;
10 sudu besar cili boh
6 ulas bawang merah – diblend
4 ulas bawang putih – diblend
2 labu bawang besar – ditumbuk dan 1 labu bawang besar hiris
segenggam ikan bilis ( sebahagian diblend, sebahagian lagi di goreng )
sedikit air asam jawa
sedikit garam, gula dan perasa
Cara membuat sambal;
- Tumis cili boh, bawang merah, bawang besar, bawang putih dan ikan bilis hingga pecah minyak.
- Masukkan air asam, bawang besar hiris dan sedikit air agar sambal tidak terlalu pekat.
- Bila sudah mendidih sesuaikan rasa dam masukkan ikan bilis yang telah di goreng.
Bahan sampingan lain;
timun – dihiris dan telur rebus - ikut berapa banyak yang u all suka ya
kacang tanah digoreng & ikan bilis goreng
Monday, September 5, 2011
Mee goreng mamak mari versi campak-campak!
Pertama kali I masak mee kuning. Sebab utama I tak masak & makan mee kuning ini kerana ada peristiwa hitam yang berlaku masa I makan this mee masa I umur 7 ke 8 tahun yang dulu.....so, tu yang I tak masak mee kuning ni...tapi since this mee Mr E & 3Es suka makan...I masakkan jugak untuk diaorang....
Resepi Mee Goreng Mamak!
Bahan-bahannya:-)
500 gm mee kuning
100 gm daging -hiris nipis ( boleh ganti dengan udang, sotong atau isi ayam – ikut suka )
100 gm fish cake/ tauhu – ( goreng dulu baru potong2)
4 keping kuih cucur udang ( tak letak sbb tak ada )
1 cawan taugeh
1 mangkuk sawi [potong kecil]
3 sudu cili mesin.~~ nak pedas bubuhlah lebih
1 sudu rempah kari
3 sudu kicap pekat
3 sudu sos tomato/cili
2 sudu minyak masak
1 labu bawang besar [cincang halus]
2 biji telur
3 biji cili hijau [hiris nipis]
Cara penyediaan
1. Panaskan minyak. Masukkan bawang dan cili & rempah dan biarkan garing dan wangi.
2. Masukkan daging dan kacau rata.
3. Masukkan fish cake/tauhu. Biar sebentar.
4. Masukkan kicap, sos cili dan mee. Kacau rata.
5. Masukkan taugeh dan sawi.
6. Ketepikan mee dan masukkan telur di tengah-tengah kuali.
7. Biarkan telur tu masak sikit barulah dikacau dan gaul rata.
8. Masakkan mee agak kering.
9. Hidangkan dalam pinggan leper dan hiaskan dengan hirisan limau kasturi atau limau nipis.
Sunday, September 4, 2011
Ketam Masak Serai....
Bahan-bahan
- 6 ekor ketam (disiang dan belah 2)
- 3 cawan air
- 4 batang serai diketuk
- 4 biji bawang putih
- Lengkuas 2 inci
- 1 inci halia dihiris nipis2
- Setengah biji bawang besar dihiris bulat2
- Garam secukupnya
- 5-7 biji cili padi diketuk (nak pedas boleh letak lebih ya!)
Cara memasak:
- Masukkan ketam dan serai ke dalam periuk beserta air. Panaskan periuk di atas dapur dengan api perlahan.
- Bawang putih dan lengkuas ditumbuk serta halia dan dimasukkan ke dalam periuk.
- Biarkan seketika.
- Masukkan garam secukup rasa dan masukkan bawang besar .
- Biarkan sehingga mula menggelegak/hampir masak, barulah dimasukkan cili padi.
- Apabila semuanya sudah sebati dan nampak sudah masak, boleh lah tutupkan api dan sedia untuk dihidangkan.
- Sedia untuk dihidangkan.
Thursday, August 18, 2011
Nasi kerabu not so blue and the gengs....
Siap jemput my in-laws & 2 adik ipar lelaki I jemput berbuka sekali dengan we all kat Templer. Nak minta depa komen my Nasi Kerabu la....Alhamdullillah..semua suka...dan agak menepati citarasa jugak la...yes! I'm so happy...:-))
Resepi Nasi Kerabu my stail ya....
Nasi putih - masak seperti biasa ya...
Ulam-ulaman - kacang panjang, daun serai kayu / daun kemangi, daun kesum, bunga kantan, kobis, taugeh & timun (diracik-racik halus serta comel dan digaulkan dalam mangkuk kasi serasi ya)
Sambal Tumis kontroversi ya....(sebabnya I masak 2 kali this sambal tumis kerana yang pertamanya hangus!!!!!...sib baiklah masak kali kedua menjadi...:-))
Bahan blend
15 ulas bawang merah
2 inci halia
2 batang serai
10 tbsp cili boh
garam & gula secukup rasa
skit udang kering
skit belacan
2 keping assam keping
1/2 kilo santan & nisang (I guna gula melaka je) - (ni je tak perlu diblend ya)
Ok....masukkan semua bahan-bahan yang telah diblend plus santan ke dalam periuk/kuali....jerang atas api yang perlahan. Masak sehingga naik minyak ya...Adjust la ikut kepekatan masing2 ya!
Sambal Kelapa
bahan-bahan:-)
Kelapa parut 1/2 biji - disangai ya
Serai 2 batang....
Bawang merah 5 ulas
Lada hitam 1tsp
Halia 1 1/2 inci
6 ekor Ikan kembung -rebus, amik isi & tumbuk guna lesung batu ya
Garam & gula sesedap rasa...
Semua bahan2 tadi ditumbuk kasi hancuss...then gaulkan dengan kelapa yg telah disangai tadi. Then sangaikan sekali di atas kuali...but jgn kering sangat ya.....
Bahan-bahan lain yang wajib ada.....