Thursday, June 30, 2011

Cadbury Layer Cake...


Memang demam melapis weiiii.....Sudah 2 hari berturut-turut I baked layer cake. Sungguh mencabar. Kali ni I buat Cadbury Layer Cake....mmm, mmg tak sia-sia la...rupa paras macam huduh skit la..tapi taste wise, sungguhlah tidak menghampakan! Sekali makan ngap, tangan pun terus capai la sepotong...ngap jugak....bawa skit ke opis...laku!!!! U all sholud try....recipe ada kat bawah ni ya...:-))

Kek Lapis Cadbury…

Bahan-bahan :-))

  • 454g mentega
  • 7 biji telur ayam
  • 100 gm gula halus
  • 180 gm tepung gandum
  • 1/2 tin susu pekat
  • 1 sudu teh vanilla
  • 200 gm horlicks
  • 3 kotak coklat cadbury kecil-kecil

Cara-cara

  1. Panaskan oven 175’C. Siapkan pan 8 inci x 8 inci....
  2. Pukul mentega dengan gula hingga putih.
  3. Masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga sebati.
  4. Masukkan susu, tepung, vanilla, horlicks dan pewarna kuning, gaul hingga sebati sehingga tiada adunan yang berketul-ketul..
  5. Masukkan 7 sudu besar makan adunan dan bakar hingga kekuningan untuk lapisan yang pertama dengan menggunakan api atas & bawah selama 7 minit.
  6. Bila lapisan pertama sudah masak susun coklat cadbury secara rawak dan masukkan 7 sudu adunan lagi bagi menutupi coklat tadi. Untuk lapisan kedua dan seterusnya bakar menggunakan api atas sahaja. Bakar lagi hingga masak dan kekuningan.
  7. Susun lagi coklat cadbury dan masukkan 7 sudu adunan. Buat begitu hingga adunan habis. Lapisan terakhir dibakar dengan api atas sahaja selama 7 minit. Tutup pan tadi dengan aluminium foil dan bakar lagi dengan menggunakan api atas dan bawah selama 8 minit.

2 comments:

  1. nk buat sampai habih tu yg x sabar tu...+ guna telur banyak pulak...risau betol kalau tak jadi..

    ReplyDelete
  2. Nuwairani,
    memang banyak kesabarannya bila nak melapis ni....tapi bila layer cake dah siap...kepuasannya tak terkata tu....

    ReplyDelete