Buat this quiche untuk dinner semalam. Just me & Mr E je yang makan. 3Es request buatkan diaorang Roti Bakar Sardin je...ala mudah je.
Resepi Mini Sardin Quiche...
Bahan-bahannya:-))
1 can of mackerel ( I guna cap Ayam)
150g mozarella cheese
1 biji telur
1 biji tomato
Puff pastry
sedikit butter untuk griskan pan
daun sup yang dihiris
bawang putih + bawang kecil yang dihiris nipis utk menumis
sedikit olive oil
Cara-cara penyediaannya:-))
1. Olive oil dipanaskan dan kemudian tumiskan bawang putih dan bawang kecil sehingga naik bau.
2. Masukkan mackerel yang telah dihancurkan bersama-sama tomato yang telah dipotong tiud kecil-kecil.
3. Kacau seketika dan tutup api. Ketepikan.
4. Pan digris dengan butter dan letakkan kepingan puff tadi ke dalam pan yang comel2.
5. Masukkan isi mackerel yang telah dimasak seketika ke dalam puff.
6. Telur dipukul sekejap dan masukkan ke dalam puff yang berisi mackerel.
7. Akhir sekali, taburkan mozarella cheese dan daun sup ke atas no 6.
8. Bakar Mini Quiche tadi ke dalam oven dalam kepanasan 150'C selama 25 minit.
9. Siap....dan boleh dihidangkan....makan panas-panas lagi sedap!!!!
SELAMAT MENCUBA!
No comments:
Post a Comment