Sunday, October 30, 2011

Pulut Kuning sedap dan mudah untuk disediakan....

  • Buat pulut kuning ni sebab teringin la pulak nak makan....so, seawal pagi selepas Subuh, I sudah masuk dapur untuk mengukus pulut kuning ini.....semua orang dalam rumah I ni suka makan pulut kuning ini....
Resepi Pulut Kuning....
Bahan-bahannya:-))
4 cawan beras pulut
400ml santan segar
1 sudu teh serbuk kunyit
garam secukup rasa
air secukupnya...

Cara-cara penyediaannya:-))
Beras pulut direndam semalaman dengan serbuk kunyit, garam dan air.
Cuci dan toskan beras pulut dan kukuskannya selama 3/4 masak.
Kemudian, gaulkan beras pulut itu tadi dengan santan segar sehingga sebati.
Kukus semula beras pulut sehingga masak....
Sedap dimakan bersama rendang, gulai atau sambal.....

No comments:

Post a Comment