Monday, July 18, 2011

Bubur Pulut Hitam...

Bila teringin je nak makan this bubur pulut hitam...I terus je buat. Buat pun tak banyak...cukup untuk I & Middle E...yang lain-lain dalam rumah I ni tak suka pun....:-( Antara bubur yang paling mudah disediakan.......

Resepi Bubur Pulut Hitam....
Bahan-bahannya:-)
  • 1 cawan Pulut Hitam
  • 1 keping gula melaka
  • 1 cawan santan segar (kalau takde, just guna santan kotak pun ok jugak)
  • 1/2 cawan gula pasir
  • daun pandan
  • air secukupnya
  • Cara-cara penyediaannya:-))

    1. Rendam pulut hitam semalaman ( kalau tak pun 3 -4 jam sebelum nak masak pun ok jugak)
    2. Bersihkan pulut before masakkannya
    3. Masukkan dalam periuk bersama-sama air serta daun pandan yang disimpul. Air ikut agak2 ya. Masak sehingga pulut hitam kembang.
    4. Masukkan gula melaka dan gula mengikut suka manis masing-masing ya.
    5. Akhir sekali, masuKkan santan. Sentiasa kacau sehingga mendidih dan likat.
    6. Bila dah masak..hidangkannya. Sedap dimakan waktu masih panas lagi atau disejukkan dalam peti sejuk. Ikut selera masing-masing ya...:-))



No comments:

Post a Comment