Tuesday, March 29, 2011

Chocolate Chiffon Cake...


I memang suka bake chiffon cake. This is another easy peasy recipe of chiffon cake. Kali ni, I buat eksperimen untuk menghasilkan chocolate chiffon cake. Let check out the recipe ya!!!

Resepi Chocolate Chiffon Cake....
BAHAN-BAHAN A :-)
4 kuning telur (gred A)
135 ml air
85 ml minyak jagung
1/4 camca teh garam halus
100 g gula halus
135 g tepung gandum
15 g serbuk koko
1 camca teh esen vanilla
1 camca teh baking powder

BAHAN-BAHAN B :-)
4 putih telur (gred A)
90 g gula halus
Secubit cream of tartar

CARA-CARA PENYEDIAANNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Satukan tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan garam, gaul rata dan ayak. Satukan kuning telur bersama gula halus (bahan A), kacau rata dan tuang air, kacau hingga gula larut. Masukkan bahan yang diayak tadi dan gaul hingga sebati, tuang minyak dan esen vanilla, kacau hingga sebati. Ketepikan.
  2. Putar putih telur hingga kembang, masukkan gula halus (bahan B), dan cream of tartar dan terus memutar hingga pekat.
  3. Campurkan putih telur tadi ke dalam adunan no 1 dan kacau dengan spatula hingga sebati.
  4. Tuang dalam tin chiffon dan bakar 45 - 50 minit hingga kek masak. Keluarkan dari oven dan terbalikkan tin serta merta dan biarkan kek berada dalam keadaan macam tu sehingga betul2 sejuk.

No comments:

Post a Comment