Saturday, March 5, 2011

Marmer Chiffon Cake...


Another chiffon cake from me......mmmm, malas nak cakap banyaklah....rasa this chiffon cake sangat lemak berkrim gitu....malah Mr E suka! Recipe ni I cilok from Kak Rima yang hebat tu...I copy & translate the recipe ya Kak Rima...tq:-))

Resepi Marmer Chiffon Cake
Bahan-bahannya:-)

Bahan A
  • 7 biji telur putih
  • 1/2 tsp cream of tartar
  • 100g gula


Bahan B
  • 7 biji kuning telur
  • 100g gula
  • 175g tepung gandum
  • 1/2 tsp baking powder
  • 75ml minyak masak
  • 150ml susu segar
  • 1/2 tsp garam
  • 1 tsp serbuk koko
  • 1 tsb coklat paste

Cara-cara
  • Panaskan oven suhu 170.
  • Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk ya . Masukkan susu segar dan juga minyak. Kemudian masukkan tepung dan juga baking powder yang telah di ayak. Kacau sebati.
  • Pukul putih telur dan juga cream of tartar. Masukkan gula dan teruskan memutar sehingga kental.
  • Satukan semua dan kacau sebati lagi perlahan-lahan.
  • Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian campurkan dengan serbuk koko dan juga coklat paste.
  • Tuang ke dalam loyang secara berselang seli.
  • Bakar selama 45min. Sejurus keluar dari oven terbalikkan loyang dan biarkan sejuk baru sisip kek.
  • Potong dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment