Monday, March 28, 2011

Mango Cream Cheese Layer Cake...


Yahooooo.....akhirnya. Ini percubaan kedua I buat this layer cake....agak 3 jam jugak la duk mengadap depan Cik Oven Europa tuuuu...demi Mr E yang sememangnya hantu layer cake, I gagahkan juga buat layer cake ni. Alhamdullillah, menjadi.....:-))
Tq Zarin & Kak Rima for the wonderful recipe....I copy & paste ya....

Resepi Mango Cream Cheese Layer Cake....
Ingredients
450gm butter ( saya guna anchor)
397 gm condense milk
250gm cream cheese, room temp
10 eggs (grade A)
150gm sugar
200gm Hong Kong flour
1 tbsp ovalette
100gm Horlick
120 gm preserved mango (slice and cut into smaller chunks and mix it with mango puree..saya cuma guna mango juice ke apa nama tu mango utk buat juice tu, saya guna about 4 tbsp)
2 tbsp mango puree (saya juice tadi juga)
Mango essence (tak taruk pun)
Orange or yellow colouring (saya cuma guna yellow coloring)

Method

Preheat oven 180C and greased a 9 x 9 " pan

1. pukul butter, cream cheese and condense milk sehingga putih dan gebu - then set aside.
2. In another bowl.. pukul telur, gula, tepung hong kong, horlick and ovalette sehingga kembang betul
3. then campurkan kedua dua adunan tadi dan gaul rata dengan spatula
4. bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan satu bahagian di biar pada warna asal dan satu bahagian lagi di campur warna kuning dan mango puree serta mango preserved tadi

5.untuk lapisan pertama, masukkan 6 tbsp adunan warna asal tadi ke dalam baking pan dan bakar pada suhu 175 degree selama 5-10 minit atau sehingga kekuningan..guna api atas bawah ye!

6.then keluarkan dari oven presskan lapisan pertama tadi sebelum masukkan lapisan kedua

7.lapisan kedua adalah lapisan warna kuning dan bakar lapisan kedua dan seterusnya dengan menggunakan api atas sahaja pada suhu 150-175 degree dan make sure pintu oven terbuka sedikit ye! (selang selikan warna asal dengan warna kuning ye!)

8.make sure keluarkan cake dari oven bila dah berwarna kekuningan dan make sure presskan setiap lapisan yang sudah di bakar sebelum masukkan adunan seterusnya

untuk lapisan terakhir, i bakar guna api atas selama 5-7 minit then keluarkan pan tadi dan tutup pan tadi dengan aluminium foil and then bakar lagi skali guna api atas bawah pula selama 10 minit.



No comments:

Post a Comment