Kek Lapis Cadbury…
Bahan-bahan :-))
- 454g mentega
- 7 biji telur ayam
- 100 gm gula halus
- 180 gm tepung gandum
- 1/2 tin susu pekat
- 1 sudu teh vanilla
- 200 gm horlicks
- 3 kotak coklat cadbury kecil-kecil
Cara-cara
- Panaskan oven 175’C. Siapkan pan 8 inci x 8 inci....
- Pukul mentega dengan gula hingga putih.
- Masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga sebati.
- Masukkan susu, tepung, vanilla, horlicks dan pewarna kuning, gaul hingga sebati sehingga tiada adunan yang berketul-ketul..
- Masukkan 7 sudu besar makan adunan dan bakar hingga kekuningan untuk lapisan yang pertama dengan menggunakan api atas & bawah selama 7 minit.
- Bila lapisan pertama sudah masak susun coklat cadbury secara rawak dan masukkan 7 sudu adunan lagi bagi menutupi coklat tadi. Untuk lapisan kedua dan seterusnya bakar menggunakan api atas sahaja. Bakar lagi hingga masak dan kekuningan.
- Susun lagi coklat cadbury dan masukkan 7 sudu adunan. Buat begitu hingga adunan habis. Lapisan terakhir dibakar dengan api atas sahaja selama 7 minit. Tutup pan tadi dengan aluminium foil dan bakar lagi dengan menggunakan api atas dan bawah selama 8 minit.