Bahan-bahannya:-)
Ayam yang telah dibersihkan (We all suka makan part wing tau)
Serbuk kunyit
Garam
Tepung beras
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara penyediaannya:-)
Ayam tadi dilumurkan dengan serbuk kunyit, garam dan tepung beras (agak2 lah mengikut banyak mana ayam yang hendak digoreng- selalunya dalam sesudu 2 besar). Perap seketika. Panaskan minyak, bila minyak sudah panas, masukkan ayam tadi dan goreng sehingga masak.
Hasilnya, ayam goreng ini rasa sedap maybe disebabkan tepung beras itu tadi. Siap masak sudah bolehlah dimakan.....Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment