Recipe Udang Masak Sweet Sour
Bahan-bahannya :-)
1/2 kilo udang sederhana besar
4 biji bawang besar (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1 cawan cili boh
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
1/2 cawan jus assam jawa
garam & gula secukup rasa
minyak untuk menumis
Cara-cara penyediaannya:-)
1. Tumiskan bawang besar & putih dengan minyak sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili boh dam masak seketika sehingga keluar minyak.
2. Masukkan sos tiram & sos tomato serta jus assam jawa tersebut. Garam & gula juga tidak dilupakan. Kacau dan rasa masin & manisnya.
3. Akhir sekali masukkan udang dan kacaukan udang dengan kuah masam manis itu sehingga sebati dan dibiarkan seketika sehingga udang masak.
4. Siap dihidangkan dan siap sedia untuk dimakan. Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment