Resepi Ayam Masak Hitam...
Bahan-bahannya:-)
1/2 ekor ayam yang dipotong 8
2 sudu besar jintan manis (ditumbuk halus)
2 sudu besar jintan putih (ditumbuk halus)
15 ulas bawang merah (ditumbuk halus)
5 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
1 inci halia (ditumbuk halus)
15 tangkai cili kering (dikisar)
2 batang serai (dititik)
3 sudu besar minyak masak
6 sudu besar kicap pekat
3/4 cawan jus asam jawa
Air secukupnya
Garam & gula secukup rasa
Cara-cara penyediaannya:-)
1. Tumiskan bahan2 ditubuk halus & dikisar itu tadi sehingga naik bau wangi.
2. Masukkan ayam, air dan jus asam jawa serta serai. Biarkan sehingga ayam lembut.
3. Kemudian masukkan kicap dan masak sehingga naik minyak.
4. Rasa garam & gulanya...siap masak sudah boleh dihidangkan....
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment