Wednesday, January 26, 2011

Sambal Tauhu Jepun...

Sangat jarang masak this tauhu sebab ianya amat lembik....silap haribulan boleh hancur lebur bila nak potong kecil2...kena berhati2 bila nak handle this tauhu. Apa2 pun, I & Mr E sangat suka makan this tauhu....

Resepi Sambal Tauhu Jepun...
Bahan-bahannya:-)
2 paket tauhu jepun
2 biji tomato
1 batang carrot
2 sudu besar sos tomato
Bawang merah & bawang putih secukupnya dan dikisar
Cili boh secukup rasa
Garam & gula secukup rasa
Air secukupnya

Cara-cara penyediaannya:-)
Gorengkan dulu tauhu jepun yang telag dipotong bulat-bulat. Kemudian, tumiskan bawang merah, bawang putih, cili boh sehingga naik bau. Masukkan air dan sos tomato, kacau rata. Kemudian masukkan garam & gula ikut rasa masing-masing ya. Akhir sekali masukkan tauhu jepun yang telah digoreng tadi dan pastikan ianya dikacau rata dengan kuah sambal itu tadi. Siap dan boleh dihidangkan...Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment