Monday, January 10, 2011

Beehoon Goreng Putih


I ni memang boleh dikategorikan rajin jugak lah untuk memasak....tapi rajin kalau masak yang simple2 dan sedap je okay....Beehoon Goreng Putih ni favourite Mr E, lawan makan Beehoon Goreng Putih ni dengan Sambal Sotong Kering..perghhhhh! Baru terangkat....Here's another easy peasy recipe from me......

Resepi Beehoon Goreng Putih...
Bahan-bahannya:-)
1/2 paket Beehoon - I suka beehoon cap Bintang (celurkan dengang air panas then tapis ya)
3 biji bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
8 ekor udang
6 batang filamen ketam (dipotong kecil-kecil)
2 sudu besar sos tiram
Garam secukup rasa
Minyak utk menumis
Telur dadar yang dipotong halus2 panjang (hiasan)
Daun sup diracik2 halus (hiasan)

Cara-cara penyediaannya :-)
1. Tumiskan bawang besar & putih sehingga naik bau. Masukkan sos tiram ke dalam kuali. Kacau rata.
2. Kemudian, masukkan udang dan filamen ketam itu tadi dan kacau sehingga sebati. Garam juga tidak dilupakan....
3. Akhir sekali masukkan beehoon yang telah dicelurkan dengan air panas itu dan kacau sebati semuanya sehingga sebati. Rasa beehoon iti sedikit untuk rasa kemasinan beehoon tersebut...bab2 rasa ni ikut tekak dan selera masing2 ya.....
4. Kemudian, beehoon yang telah siap dimasak itu tadi dimasukkan ke dalam bekas dan taburkan telur dadar yang dipotong panjang2 di atas beehoon itu. Taburkan jua cili merah dan daun sup yang diracik2 halus sebelum makan.....Selamat mencuba ya!




No comments:

Post a Comment

Post a Comment